Syarikat Cip Taiwan ke Jepun ketika proses pemisahan dengan China dipercepat

Imej: Freepik

Usaha Jepun untuk membina semula industri semikonduktornya menjadi semakin rancak apabila semakin banyak syarikat cip Taiwan berpindah ke negara itu.

Ia berlaku ketika proses pemisahan dengan China sedang berjalan dan Amerika Syarikat sedang berusaha menghadkan kemajuan China dalam industri itu dan mengukuhkan perkongsian dengan negara sekutunya.

Pembuat cip Fabless Alchip Technologies adalah salah satu contoh yang menunjukkan syarikat-syarikat di Taiwan semakin memisahkan diri dengan China.

Menurut sumber, Alchip yang juruteranya sebelum ini banyak berpangkalan di China telah mula berpindah ke luar negara termasuk Jepun yang paling banyak.

Pengurus Besar Alchip Jepun berkata, mereka menjangkakan pertumbuhan pasaran semikonduktor Jepun dan akan terus dimanfaatkan. Ketika ini syarikat itu sudah terlibat dalam beberapa projek yang baik di Jepun.

Menurut sumber, kira-kira 9 syarikat cip Taiwan termasuk syarikat eMemory Technology telah membuka kedai dan mengembangkan operasi di Jepun. Malah, ada lebih banyak lagi syarikat cip dari Taiwan akan memasuki Jepun tidak lama lagi. Ditambah pula dengan nilai mata wang Jepun, Yen yang semakin lemah antara sebab mengapa perpindahan ke Jepun nampak lebih mudah.

Jepun masih sebuah negara pengeluar semikonduktor terkemuka namun, ketegangan perdagangan yang berlaku dengan Amerika Syarikat (AS) dan wujud persaingan dari Korea Selatan dan Taiwan menjadi punca pasaran pembuatan cip globalnya menyusut kepada 10% pada tahun 1980-an.

Bagaimana pun, Jepun kembali membina semula sektor pembuatan cipnya memandangkan semikonduktor adalah penting untuk keselamatan ekonomi termasuk kekurangan bekalan cip global sejak pendemik melanda.

Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) akan membuka kilang pertama di Kyushu secara rasminya pada Sabtu ini (24 Februari 2024) sebagai hab pembuatan cip. Ia sangat berbeza dengan pembinaan kilangnya di Arizona yang dikatakan bermasalah. Mereka juga sedang merancang untuk pembinaan kilang keduanya di Jepun dengan jumlah pelaburan lebih $20 bilion.

"Kekuatan teras negara semikonduktor yang kukuh bukan hanya terletak pada firma terkemuka tetapi dalam ekosistem yang kukuh," kata Nori Chiou, pengarah pelaburan di White Oak Capital.

"Sokongan proaktif kerajaan Jepun, yang ditandai dengan subsidi yang besar dan campur tangan politik yang minimum, membezakannya, memupuk kemajuan yang unggul berbanding dengan banyak negara lain."

Sebagai tambahan, Rapidus iaitu sebuah syarikat pengasas cip yang disokong kerajaan Jepun sedang merancang untuk menghasilkan cip secara besar-besaran di Hokkaido mulai tahun 2027. Powerchip Taiwan juga memohon subsidi kerajaan untuk menubuhkan sebuah syarikat bernilai AS$5.4 bilion di Jepun.

Syarikat-syarikat seperti Global Unichip Corp (GUC) yang disokong TSMC dan syarikat terkenal ASIC berkata ia tertarik dengan bakat kejuruteraan dan peluang perniagaan.

Selain itu, Teknologi Analisis Bahan (MA-tek), yang memeriksa bahan semikonduktor dan memetik TSMC sebagai pelanggan terbesarnya, membuka makmal baru di Kyushu pada akhir tahun lepas. Firma peralatan dan penyelenggaraan semikonduktor Finesse Technology iaitu satu lagi kontraktor TSMC, sedang membina sebuah kilang di Jepun.

Marketech iaitu pembekal TSMC juga sedang berkembang di Jepun,

"Trend ini akan berterusan untuk masa depan yang boleh dijangka sebagai sebahagian daripada penyahsenjataan," kata Takamoto Suzuki, ketua penyelidikan ekonomi China untuk rumah perdagangan Marubeni. Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa Jepun mungkin tidak mempunyai pekerja industri sains muda yang mencukupi untuk memenuhi permintaan.

Kenyataan itu berdasarkan kepada bilangan pekerja dalam perniagaan berkaitan cip di Jepun telah menurun sekitar satu perlima sejak kira-kira dua dekad yang lalu, walaupun pada kerajaannya dan pihak universiti telah meningkatkan usaha untuk menggalakkan pelajar ke dalam industri itu. - Reuters

Post a Comment

Previous Post Next Post