Posts

Showing posts from February, 2016

Cara buat duit mudah dengan Clixsense. Free! :)

Image
Pernah dengar tentang Clixsense? Clixsense ialah salah satu tempat di mana anda boleh menjana pendapatan secara online dengan percuma. Saya baru je dengar dan baru je cuba Clixsense. Saya memang suka join cara jana pendapatan secara Online sebabnya saya tak perlu nak keluar modal, nak setup workspace, cari barang jualan dan sebagainya. Duduk je depan komputer dan jalankan kerja seperti biasa. Baru beberapa hari saya sertai Clixsense saya dah pun terima duit daripada Clixsense. Tapi tak banyak la sebab cukup je syarat untuk saya keluarkan duit tu, saya terus klik untuk dapatkan bayaran. Lagi cepat lagi bagusla. :) Sebenarnya ada banyak cara untuk menjana pendapatan secara online. Ada yang berbayar dan ada yang free. Yang free dah tentu menjadi pilihan kan sebab tak payah susah-susah nak buat bayaran. Ada ke yang bagi free? Ada! Antaranya, Clixsense, 8share, Google Adsense dan sebagainya. Program affiliate pun kebanyakanya memberikan penyertaan secara percuma. Boleh cari di google. 

Cli…

10 Tempat menarik Apabila Anda Berkunjung ke Bandung Indonesia

Image
Bercakap tentang Bandung, siapa yang tak kenal. Yang tak pergi lagi pun dah boleh cerita macam-macam, apatah lagi yang pernah pergi. Ramai kata Bandung best. Yeke best? Saya tak pernah pergi lagi. Baru nak pergi. Insya Allah, bulan 3 tahun 2016 ni saya akan ke Bandung bersama keluarga. Perancangannya, ke Bandung dulu dari Kuala Lumpur, lepastu balik ke Malaysia dari Jakarta. Ikut famili sebenarnya. Sambil menyelam minum air. Bolehla kot guna peribahasa ni. Yela, famili saya dah pernah pergi. Saya dan isteri belum jejak lagi. 
Oleh kerana perjalanan ke Bandung bakal menjadi perjalanan pertama kalinya saya dan isteri ke sana. Jadi, saya memang tak tahulah apa yang best dan menarik kat Bandung. Macam biasa, kalau travel saya dan isteri lebih teruja nak tengok kehebatan senibina di negari orang. Sebelum nak pergi ke sana, saya buat research sikitlah apa yang menarik kat Bandung. Huhu teruja dah ni! :)

Saya senaraikan dulu 10 tempat menarik apabila anda berkunjung ke Bandung, Indonesia
1. …