Sejarah Ringkas Senibina Islam

Senibina Islam atau dalam bahasa Arabnya dikenali sebagai ‘imarah Islamiah” telah banyak dipertonjolkan kepada dunia sejak dahulu lagi malah ianya diperkembangkan dari zaman ke zaman. Apabila berbicara mengenai senibina Islam pastinya yang terbayang dibenak fikiran adalah Masjid.
Sememangnya senibina Islam sangat berkait rapat dengan Masjid. Masjid merupakan lambang ketamadunan dan kegemilangan umat Islam.  Kewujudan masjid ini juga sebenarnya selain sebagai tempat ibadat ianya merupakan sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan, pendidikan, kemahiran dan sebagainya.
Di bangunan masjid tak kira di mana pun diseluruh dunia pasti ada seni ukiran. Kebanyakannya berbentuk geometri dan kaligrafi. Seni ukiran di masjid disyaratkan supaya tidak membuat bentuk makhluk yang bernyawa seperti manusia dan haiwan. Bukan sahaja di masjid malah di semua tempat.

islamicpattern  Azulejo_de_lacería
scan0017  scan0018
contoh kaligrafi khat kufi
  
Larangan tersebut bersandarkan kepada hadith-hadith antaranya ,
Daripada ‘Aun bin Abu Juhaifa, Ayahnya menyatakan, “Nabi melarang mengambil duit jual beli anjing dan darah, melarang kerja-kerja membuat tatoo dan mentatoo diri, melarang menerima atau memberi riba, dan juga mencela pembuat gambar”. (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Daripada Abu Talha, “Aku mendengar Rasulullah berkata, “Malaikat (Pembawa Rahmat) tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau gambar yang berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) (1)

Masjidil Haram, al-Makkah al-Mukarramah
Makkah_from_top
Sejarah awal pembinaan rumah ibadah, ialah Ka’abah, dimana ianya telah dinyatakan di dalam al-Quran iaitu :
Firman Allah swt,:
إِنَّ أَوَّلَ بَيۡتٍ۬ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِى بِبَكَّةَ مُبَارَكً۬ا وَهُدً۬ى لِّلۡعَـٰلَمِينَ

Maksudnya:
”Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula yang dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah, yang berkat (dijadikan) pertunjuk hidayah bagi umat manusia.”
(ali Imran : 96)

Makkah0017   ka'bah 
Dalam hadith nabi s.a.w., maksudnya:
Dari Abu Dzar radhiallahu 'anhu, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang masjid yang pertama sekali didirikan? Maka Rasulullah s.a.w. menjawab: Masjidil haram. Kemudian aku bertanya lagi : Kemudian masjid apa lagi? Rasulullah s.a.w. menjawab: Masjid Al-Aqsa. Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: Berapa jarak antara keduanya? Rasulullah s.a.w. menjawab: Empat puluh tahun.(HR Bukhari & Muslim)
Ka’abah atau baitullah telah didirikan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. atas perintah Allah s.w.t..
Firman Allah s.w.t.,
وَإِذۡ يَرۡفَعُ إِبۡرَٲهِـۧمُ ٱلۡقَوَاعِدَ مِنَ ٱلۡبَيۡتِ وَإِسۡمَـٰعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلۡ مِنَّآ‌ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
(Al-Baqarah:127)
Ada pendapat mengatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. membinanya semula, berdasarkan kepada hadith.
Ketika ini Masjidil Haram telah dibesarkan memandangkan jemaah yang hadir ke tanah Haram tersebut semakin meningkat setiap tahun dan sekitarnya juga semakin maju.
masjidilharam
Gambaran Masjidilharam dan sekitarnya
Masjid Quba’
Firman Allah s.w.t:
at-tawbah-108-109 
“ Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid  (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya ke dalam api Neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”
(At-Taubah:108-109)
Masjid_quba   Quba_Mosque
Jaraknya dengan Masjid Nabawi lebih kurang 3km. Masjid Quba’ yang terletak di Madinah merupakan masjid yang pertama dibina yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. setelah Baginda dibangkitkan sebagai Rasul. Tempoh pembinaannya 5 hari namun ada riwayat menyatakan 14 hingga 22 hari.
Berkenaan dengan senibinanya, menurut sumber, Masjid Quba’ telah dibina semula pada tahun 1986. Bangunan yang lama telah diruntuhkan oleh kerajaan Arab Saudi walaupun pada ketika itu arkitek, Abdel-Wahed El-Wakil dari Mesir bercadang hendak mengekalkan bangunan yang lama dan digabungkan dengan yang baru. Sumber lain pula mengatakan bangunan lama masih dikekalkan hanya ditambah dan diperbesarkan.

Dewan solat berbentuk segiempat, sebahagiannya di tingkat dua. Di dalamnya juga terdapat ruang untuk petugas masjid, pejabat, kedai, dan perpustakaan. Masjid ini mempunyai 6 kubah dan 4 menara dimana setiap menaranya berada di penjuru masjid. Ada courtyard ( ruang terbuka) bumbungnya boleh dibuka dan ditutup.
quba1    Quba
qba
Masjid An-Nabawi, al-Madinah al-Munawarah
Setibanya Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah, Baginda memerintahkan supaya membina masjid yang dikenali sebagai al-Masjid an-Nabawi. Tapaknya adalah sebidang tanah yang dimiliki oleh 2 orang anak yatim. Baginda membeli tanah itu dan seterusnya bersama-sama membina masjid tersebut. Ketika kerja-kerja pembinaan, bangunan yang usang diratakan, pokok tamar dan gharqad ditebang dan ditetapkan arah kiblat. Pada ketika itu, arah kiblat menghadap ke baitulmaqdis.
nabawi
Tiang mihrab dari susunan batu-batu, tembok dari bata dan tanah, bumbungnya pula daripada pelepah tamar, tiang dari batang tamar. Bahagian lantai diratakan dengan batu-batu kecil dan pasir. Ada 3 pintu masuk. Disamping masjid dibina juga ruang-ruang rumah dengan biliknya dibina daripada batu bata, atapnya pula daripada pelepah tamar dan batangnya. Ruang-ruang ini adalah bilik isteri-isteri Rasulullah s.a.w.. (2)
abc
Pada asalnya masjid an-Nabawi tidak mempunyai menara dan orang yang mula-mula membina menara masjid an-Nabawi ialah Khalifah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 93 Hijrah dengan 4 menara berketinggian lebih kurang 27.5m. Kemudian Sultan Qaitbay, membina menara yang kelima. Kemudian untuk projek perluasan Saudi yang pertama,  tiga daripada menara tersebut diruntuhkan dan diganti dengan yang baru serta ditambah lagi 6 buah menara ketika projek perluasan Saudi kedua, menjadikan kesemuanya 10 buah menara.
green-dome     MasjideNabawi2
Kubah masjid an-Nabawi pula terletak di atas maqam Nabi Muhammad s.a.w.. Asalnya juga tiada kubah. Sultan Mansur Qalawun as-Solihi orang pertama yang membina kubah tersebut pada tahun 678H dan yang terakhir Sultan al-Ghazi Mahmud, 1233H. Warna hijau pada kubah tersebut dilakukan pada tahun 1253H dan ianya kekal sehingga ke hari ini.
Kini Masjid An-Nabawi telah dibesarkan dan dikembangkan bagi menampung jumlah jemaah yang semakin ramai.
nabawi-madina
Laungan azan juga telah disyari’atkan pada permulaan hijrah melalui mimpi Abdullah ibn Zaid bin Abd Rabbih. Wallahua’lam.setakat ni dululah. 

 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(2) Kitab al-Raheeq al-Makhtum, Sirah Rasulullah s.a.w.,cetakan 2000, terjemahan,m/s 302.



Comments

Anonymous said…
good info!

Popular posts from this blog

A Simple Step to Fix Insufficient Storage Available on Android

Software Review: Membina 3D dengan Google Sketchup

Wifi | Alat Sambungan Internet Wifi TPLINK TL-WN727N