Subscribe by Email

Booking.com

Monday, June 15, 2015

Isu GST : Nasi Goreng GST dan Isu Negara

Isu perlaksanaan GST memang satu isu yang sangat hangat dibincangkan sekarang ini. Sebelum ia dilaksanakan lagi, ia telah pun dibincangkan secara meluas tentang kesan-kesannya kepada pengguna di media massa. Walaupun selepas GST ini dilaksanakan, ia masih terus dibincangkan kerana ia benar-benar memberi kesan kepada pengguna ataupun pembeli. Ada yang terus menunjukkan bantahan, ada juga yang terpaksa melaluinya dan tidak kurang juga ada yang sangat menyokong perlaksanaannya. Hakikatnya, semua lapisan masyarakat di negara ini terpaksa menghadapi pelaksaan GST ini. Pelaksanaan GST sememangnya memberi kesan kepada rakyat di negara kita. Apa tidaknya, selepas perlaksanaan GST, harga barang juga turut naik. Malah sebelum perlaksanaannya pun, harga-harga barang sudah pun diumumkan kenaikkannya. Selepas sahaja perlaksanaan GST, pengguna turut dibebani dengan kenaikan harga petrol, kos sara hidup yang semakin tinggi dan terbaru kejatuhan wang ringgit Malaysia. Situasi ini amatlah dibimbangi oleh semua rakyat Malaysia.

gst image from gst.customs.gov.my

Di dalam banyak isu yang timbul ketika ini, isu perlaksanaan GST ni boleh dikatakan agak 'unik' kerana apabila disebut saja tentang GST, maka akan terbayanglah wajah Ahmad Maslan. Secara spontan ada yang akan tergelak, ada yang akan marah dan ada juga yang akan rasa sakit di hati. Tergelak kerana kenyatan-kenyataannya yang tidak masuk akal. Marah kerana kenyataanya tidak serupa bikin. Sakit di hati kerana kenyataannya yang seolah-olah tidak memikirkan hati dan perasaan rakyatnya. Bagaimana boleh dipilih menjadi menteri atau wakil kepada rakyatnya?

Terbaru, nasi goreng yang ditweet di twitter beliau (boleh google). Ini adalah kali kedua beliau berbuat demikian. Tindakan dengan menunjukkan gaya sedang memasak nasi goreng seperti itu bukanlah suatu yang penting untuk ditontonkan kepada rakyatnya. Perlukah? Ramai yang mempertikaikan tindakan tersebut. Sebenarnya kemarahan rakyat bukan sahaja tertumpu kepada beliau, malah kemarahan rakyat juga terarah kepada mereka yang lain iaitu menteri-menteri yang kerap mengeluarkan kenyataan dan perbuatan yang tidak masuk akal. 

Oleh kerana terlalu banyak perbuatan dan kenyataan yang tidak masuk akal oleh mereka ini, terfikir juga apakah perlunya mereka bertindak mengeluarkan kenyataan dan perbuatan yang sangat mengarut? Apakah yang menyebabkan mereka sanggup berbuat dan berkata sesuatu yang boleh menyinggung perasaan rakytanya. Apabila difikirkan, ada kemungkinan mereka tidak berfikir dengan waras pun. Setiap kenyataan dan perbuatan itu dibuat secara semberono sahaja. Apa yang penting sudah ada alasan dan sudah ada jawapan. Tidak perlu memerah otak atau fikir sehingga sakit kepala. Dan tindakan seperti ini, tidak lain tidak dilihat hanyalah untuk mengalihkan sesuatu isu kepada isu yang lain. Bagaikan sudah dirancang. Apabila timbul sahaja isu yang besar maka akan keluarlah kenyataan atau perbuatan yang sangat mengarut sama ada di berita tv, akhbar atau di internet. Maka beribu-ribu pengguna internet akan tertumpu kepada kenyataan dan perbuatan itu termasuklah di dalam artikel ini yang turut menyentuh tentang perkara yang sama. Tidak percaya? Cuba lihat berapa ramai yang akan 'respon' terhadap isu Nasi Goreng berbanding isu yang lain dalam tempoh masa yang singkat. Sebenarnya, mereka tidak memikirkan langsung tentang rakyatnya. Katalah apa yang rakyat mahu katakan, kerana mereka langsung tidak mempedulikannya. Sebab itulah, kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal kerap dikeluarkan kerana menganggap rakyat ini hanya sebagai bahan mainan sahaja. Umpama membaling umpan, banyaklah ikan yang serbu! Itu yang mereka fikirkan. Pada hakikatnya, rakyat sudah tahu!

Ini hanyalah satu permainan politik. Fikirkan yang manakah yang lebih penting. Nasi goreng atau isu negara? Di samping ingin mengambil tahu tentang isu yang remeh, jangan terlupa pula tentang isu yang lebih besar yang sedang melanda negara kita. Isu remeh ni, orang kata..layankan sajalah..

Nasi Goreng GST atau Isu Negara?

Sunday, June 14, 2015

Isu Gimnastik:Teguran dan Nasihat Itu Satu Kewajipan

Isu membabitkan aurat terhadap seorang ahli sukan gymnastics negara di acara sukan Sea Singapura baru-baru perlu diambil berat oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali umat Islam. Tidak kira dari pucuk pimpinan sehinggalah rakyat biasa. Mendedahkan aurat di dalam sukan gymnastics ini bukanlah isu baru, ia sebenarnya isu yang sudah lama. Bukan sahaja di dalam sukan gimnastik, malah sukan-sukan lain pun yang mendedahkan aurat adalah suatu perkara yang harus dipandang serius lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan peserta dari kalangan umat Islam. Begitulah juga di dalam bidang-bidang yang lain. Kerjaya, belajar, berlakon, menyanyi dan sebagainya.


Isu menegur dan menasihati seorang ahli sukan tentang auratnya ini hanyalah salah satu isu dari banyak isu yang terlalu banyak seolah-olah tiada penyelesaian dan nampaknya seperti tidak diambil berat oleh pihak-pihak tertentu. Apabila ramai yang menegur ahli sukan berkenaan dan ramai pula yang mengambil bahagian, itu suatu perkembangan yang sangat sihat dan sangat positif malah bertepatan dengan apa yang disarankan oleh agama Islam itu sendiri. Ini bermakna, isu aurat terdedah ini semakin ramai yang ambil peduli tidak kira siapa pun mereka. Dalam erti kata lain, isu ini tidaklah hanya diserahkan tanggungjawab itu bulat-bulat hanya kepada pihak tertentu sahaja seperti Majlis Agama, Jabatan Agama, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah tetapi ianya menjadi tanggungjawab bersama umat Islam dalam memberi teguran kepada mana-mana pihak atau individu yang melakukan sesuatu yang bercanggah dengan Agama Islam itu sendiri. Ini petanda yang baik!

Namun, masih ada lagi pihak tertentu yang melihat isu tegur menegur ini satu amalan yang negatif. Ada yang mempersoalkan diri orang yang menegur itu juga sebagai seorang masih belum sempurna dan tidak layak untuk menegur orang lain. Ada juga yang berpendapat, isu lain banyak yang boleh ditegur, kenapa isu ahli sukan ini pula yang ditimbulkan. Sehingga ada juga yang berkata, itu antara si pelaku dengan Tuhan, orang lain tiada hak untuk menegur. Ini satu pandangan yang salah!

Di dalam Islam, memberi teguran itu menjadi satu kewajipan kepada setiap umat Islam. Tidak perlu menunggu untuk menjadi seorang yang 'alim, berilmu, warak, atau belajar agama sehingga peringkat yang tinggi baru layak untuk memberi nasihat dan teguran. Tiada penetapan tertentu untuk itu. Semuanya bertanggung jawab. Dan ianya juga perlu dilakukan secara menyeluruh bukan terhadap isu-isu tertentu sahaja. Bukan juga tidak boleh membuat teguran terhadap sesuatu isu itu (ahli gymnastics) kerana dengan alasan ada banyak lagi isu yang lain yang lebih besar. Sebenarnya, semua isu yang bercanggah dengan agama, dan ianya dilihat jelas di depan mata, tidak kira ianya besar mahupun kecil, maka ianya menjadi tanggungjawab kepada umat Islam untuk memberi teguran dan nasihat. 

Setiap teguran dan nasihat itu adalah bertujuan untuk menambahbaik, membetulkan yang salah dan untuk memperbaiki mana-mana perkara yang dilihat telah menyalahi hukum agama Islam terutamanya, jika si pelaku itu beragama Islam. Ini demi menjaga bukan sahaja maruah si pelaku itu sebagai umat Islam malah juga turut menjaga dan memlihara agama Islam itu sendiri. Adakah kita hanya mahu menunggu menjadi baik baru boleh dan layak membuat teguran? Kalau begitu, sampai bila-bila pun tiada siapa yang layak memberi teguran kerana di dunia ini tiada seorang pun yang benar-benar baik. Akhirnya, makin ramai lah jauh tersasar dari kebenaran dan terus menerus melakukan perkara yang bercanggah dengan agama Islam. Begitu juga, bukan pihak tertentu sahaja yang layak seperti hanya jabatan agama atau majlis agama kerana mereka juga mungkin terlepas pandang. Namun begitu, sudah tentulah pihak-pihak yang dilantik seperti mereka yang terdiri daripada jabatan agama atau majlis agama, tanggungjawabnya itu lebih besar. Tidak bolehlah lepas tangan atau tutup mata seolah-olah mahu lari dari tanggungjawab. Orang yang belajar agama sudah tentu tanggungjawabnya lebih besar daripada mereka yang tidak belajar agama. Orang yang mengetahui hukum hakam, sudah tentulah tanggungjawab mereka juga lebih besar berbanding mereka yang tidak tahu. 

Mudah-mudahan amalan tegur menegur ini dapat terus dilakukan demi menjaga dan memperbetulkan umat Islam serta dapat memelihara agama Islam itu sendiri daripada tercemar. Bagaimanapun, cara menegur itu biarlah dengan cara yang baik iaitu dengan tidak menggunakan kata-kata yang kasar, kata-kata yang kesat, caci maki yang akhirnya akan memberi kesan dan pandangan yang buruk semula kepada umat Islam. Semoga, usaha yang baik ini dapat memberikan kesan yang positif dan perubahan kepada si pelaku seterusnya menjadi seorang yang lebih baik.


Software Review: Mengenal Perisian AutoCad dan Kegunaannya

AutoCad merupakan satu perisian komputer yang paling banyak digunakan di dunia terutamanya dalam industri senibina dan kejuruteraan termasuklah Malaysia. Perisian ini dibangunkan oleh syarikat Autodesk untuk memudahkan industri-indsutri tertentu melaksanakan kerja mereka dengan lebih efisien dan tepat. Sebelum teknologi komputer berkembang dan maju, hasil kerja senibina dan kejuruteraan banyak menggunakan kemahiran tangan. Jika di dalam industri senibina ia dipanggil Draughting. Masalah dengan menggunakan kemahiran tangan ini, akan lebih banyak masa, tenaga dan wang digunakan untuk menghasilkan kerja-kerja tersebut. Apatah lagi jika ia dilaksanakan oleh mereka yang kurang mahir. Melukis pelan bangunan secara teknikal sebenarnya bukan satu kerja yang mudah lebih-lebih lagi ketika zaman komputer masih belum berkembang kerana perlu membuat banyak persediaan yang akan melibatkan banyak perkara.

Antaranya, persediaan peralatan melukis pelan, menetapkan ukuran berdasarkan ukuran sebenar, menetapkan skala, menetapkan kedudukan tapak cadangan dan banyak lagi. Namun, dengan berkembangnya teknologi komputer dan wujudnya perisian autocad, ia banyak membantu dalam melaksanaan kerja-kerja senibina dan kejuruteraan. Perkembangan perisian ini juga memberikan impak yang sangat besar kepada industri senibina dan kejuruteraan. Kerja-kerja menjadi semakin pantas, menetap ukuran dan kedudukan bangunan dengan lebih mudah, seterusnya menyimpan data dan hasil kerja terus ke dalam komputer tanpa perlu menggunakan banyak kertas yang akan melibatkan lebih banyak kos digunakan dan ruang penyimpanan yang terhad. Bagaimanapun, untuk menggunakan perisian Autocad ini tidaklah semudah menggunakan perisian MS Word atau MS Power Point. Contohnya MS Word. Secara asasnya anda boleh meneroka sendiri bagaimana mahu menggunakan perisian MS Word tersebut, tetapi tidak pada AutoCAD. Untuk menggunakan perisian autocad ada arahan dan tetapan tertentu sebelum, ketika dan selepas menggunakannya. Walaupun ada banyak simbol dan ikon disediakan sama seperti di dalam MS Word, tetapi ia bukan semudah yang disangkakan. Katakan, anda memiliki perisian AutoCAD terkini yang ada banyak ikon dan simbol tetapi anda tidak pernah belajar tentang penggunaannya, anda boleh klik pada ikon dan simbol tersebut tetapi anda akan terhenti di situ sahaja kerana anda tidak mengetahui apakah tindakan dan arahan selanjutnya.


Sebelum saya tahu menggunakan AutoCAD, seorang kenalan saya pernah menggunakan komputer kepunyaan ayah saya untuk membuat kerja-kerja rekabentuk pelan rumah dengan perisian autocad. Waktu dia tidak menggunakan komputer tersebut, saya pernah cuba untuk menggunakannya. Saya klik pada simbol 'Line' dan saya 'mati kutu' kerana saya tidak tahu apa tindakan selanjutnya dan tertanya-tanya kenapa 'Line' tiada penghujung? Akhirnya, saya putus asa dan tutup komputer.

Bagaimanapun, jika anda sudah tahu dan faham asas-asas penggunaannya, ia akan jadi lebih mudah.

Saya tunjukkan satu contoh seperti rajah di bawah: (Cara membuat 'Line')

Rajah 1: Simbol atau ikon

Rajah 2: Taip 'L' atau boleh klik simbol 'Line' untuk membuat 'Line' dan akan tertera di bahagian command.

Rajah 3: 'Specify first point' bermaksud anda perlu pilih kedudukan 'point' pertama dengan klik butang kiri pada 'mouse' terlebih dahulu.

Rajah 4: Selepas 'Specify first point' dipilih, 'Specify next point' akan tertera di bahagian command yang bermaksud anda perlu pilih 'point' yang seterusnya

Rajah 5: Contoh kedudukan 'point' kedua yang dipilih

Rajah 6: Klik 1x butang kiri pada 'mouse' untuk menetapkan kedudukan 'point' kedua.

Rajah 7: 'Line' akan terus bersambung kerana hanya butang kiri pada 'mouse' ditekan. 'Specify next point' akan terus dipaparkan di bahagian command yang bermaksud anda perlu memilih 'point' seterusnya.

Rajah 8: Klik sekali lagi butang kiri 'mouse' untuk menetap 'point' seterusnya kerana di dalam contoh ini saya akan membuat bentuk segi tiga seperti rajah seterusnya.

Rajah 9: Sambungkan 'Line' ke 'point' pertama tadi untuk membentuk segi tiga dan klik sekali lagi butang kiri 'mouse' untuk sambungkan 'Line' kepada 'Line' pertama. Bagaimanapun, 'Line' akan terus bersambung kerana anda baru menekan butang kiri 'mouse'. Untuk mematikan 'Line' anda perlu klik pula butang kanan 'mouse'

Rajah 10: Setelah 'Line' disambung kepada 'Line' pertama, klik pula butang kanan 'mouse' dan satu paparan kecil akan terpapar berdekatan 'point' akhir tadi. Tindakan seterusnya, klik pilihan 'Enter'

Rajah 11 : Bentuk segitiga menggunakan arahan 'Line' berjaya dibina. Anda juga boleh menekan butang 'Enter' di papan kekunci untuk terus mematikan atau memutuskan 'Line' yang telah dibina.

Ini adalah antara sedikit sebanyak contoh ringkas yang saya boleh tunjukkan kepada anda bagaimana cara untuk menggunakan 'Line' di dalam perisian autocad ini. Seperti saya katakan tadi, jika peringkat asas anda sudah boleh kuasa-i, insya Allah anda boleh menggunakan peringkat seterusnya dengan lebih mudah. 

Insya Allah, jika saya diberi kesempatan, saya akan terbitkan satu tutorial asas bagaimana untuk menggunakan perisian autocad ini.


Sepsifikasi AutoCAD 2014

For 32-bit AutoCAD 2014
  • Windows® 8 and Windows® 8.1 Standard, Enterprise, or Professional edition, Windows® 7 Enterprise, Ultimate, Professional, or Home Premium edition (compare Windows versions), or Windows XP® Professional or Home edition (SP3 or later) operating system
  • For Windows® 8, Windows® 8.1, and Windows 7: Intel® Pentium® 4 or AMD Athlon™ dual-core processor, 3.0 GHz or higher with SSE2 technology
  • For Windows XP: Pentium 4 or Athlon dual-core processor, 1.6 GHz or higher with SSE2 technology
  • 2 GB RAM (4 GB recommended)
  • 6 GB free disk space for installation
  • 1,024 x 768 display resolution with true color (1,600 x 1,050 recommended)
  • Microsoft® Internet Explorer® 7 or later web browser
  • Install from download or DVD

For 64-bit AutoCAD 2014
  • Windows® 8 and Windows® 8.1 (requires installation of the Model Documentation hotfix) Standard, Enterprise, or Professional edition, Windows 7 Enterprise, Ultimate, Professional, or Home Premium edition (compare Windows versions), or Windows XP Professional (SP2 or later)
  • Athlon 64 with SSE2 technology, AMD Opteron™ processor with SSE2 technology, Intel® Xeon® processor with Intel EM64T support and SSE2 technology, or Pentium 4 with Intel EM64T support and SSE2 technology
  • 2 GB RAM (4 GB recommended)
  • 6 GB free space for installation
  • 1,024 x 768 display resolution with true color (1,600 x 1,050 recommended)
  • Internet Explorer 7 or later
  • Install from download or DVD
  • Additional requirements for large datasets, point clouds, and 3D modeling (all configurations)

Pentium 4 or Athlon processor, 3 GHz or greater, or Intel or AMD dual-core processor, 2 GHz or greater
  • 4 GB RAM or more
  • 6 GB hard disk space available in addition to free space required for installation
  • 1,280 x 1,024 true color video display adapter 128 MB or greater, Pixel Shader 3.0 or greater, Microsoft® Direct3D®-capable workstation-class graphics card
  • Virtualization

Minimum
  • Citrix® XenApp™ 6.5 FP1
  • Citrix® XenDesktop™ 5.6


Azizi Yusoff
Architectural Designer
zhur9@yahoo.com










Sunday, June 7, 2015

Isu Politik:Perlu Berani Untuk Berubah

Perlu berani untuk berubah

Untuk mencapai sesuatu yang lebih baik perlu ada keberanian dalam diri. Baik dalam diri mahupun secara berkumpulan. Malah berubah itu suatu yang dituntut di dalam Islam itu sendiri iaitu berubah menuju kebaikan. Daripada tidak bersolat berubah menjadi seorang yang menjaga solat. Dari seorang yang malas berubah menjadi rajin. Dari duduk di takuk lama kepada takuk yang baru. Begitu juga di dalam sesebuah perniagaan memerlukan perubahan agar perniagaan lebih maju. Termasuklah juga di dalam sesebuah organisasi. Perlukan kepada perubahan agar matlamat suatu organisasi atau suatu institusi itu boleh dicapai sama ada berjaya mencapai matlamat atau mencapai lebih daripada itu.

Kalau diambil kira semuanya memerlukan kepada perubahan atau pembaharuan. 

Di dalam sesebuah organisasi sudah tentunya membuat perubahan adalah sangat penting. Perubahan dari pelbagai segi. Bermula dari pimpinan, idea, cara kerja, cara berfikir, cara membuat perancangan dan sebagainya.

Jika seorang pemimpin itu dikira-kira gagal dalam melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin, dia harus ditukar. Sama ada pemimpin itu sendiri mengundur diri atau pun ditukar berdasarkan pemilihan ahlinya. Walaupun seorang pemimpin itu seorang yang baik, tinggi pengetahuannya, warak tetapi jika dia gagal menjadi seorang pemimpin maka jika ada yang layak, dia perlu ditukarkan kepada yang memiliki kebolehan, berpengaruh dan berpandangan jauh. 

Jangan takut untuk berubah. Kerana selagimana tujuan perubahan itu mahu membawa ke arah kebaikan maka ianya mesti dilakukan. Memang agak sukar untuk diterima jika orang yang selama ini dihormati, tinggi ilmunya, sudah lama memegang sesuatu pimpinan tiba-tiba pula perlu ditukar kepada pimpinan yang baru. Akan tetapi demi mencapai sesuatu yg lebih baik, ia perlu dilihat dari sudut yang positif dan terbuka. Apalah gunanya jika seorang pemimpin itu hebat, memiliki ilmu tetapi tiada apa apa parubahan berjaya dilakukannya. Tiada pembaharuan dapat dilaksanakan malah menimbulkan pula salah faham dikalangan orang yg dipimpinnya.

Membuat perubahan bukan sahaja terletak kepada suatu pimpinan itu sendiri malah dikalangan ahli juga perlu memainkan peranan. Dalam erti kata lain, ahli-ahli juga perlu berfikiran terbuka dalam menerima perubahan asalkan ianya tidak melanggar  hukum agama. Dan kerana sukar terima dengan suatu perubahan itulah adakalanya ia tidak dapat melihat sesuatu yang lebih baik malah peluang yang sudah terhidang dihadapannya pun dia tidak dapat menghidunya. Akhirnya, lidah terkedu melihat orang lain jauh dihadapan.

Menuntut suatu perubahan itu bukan bermakna ia menghina, memperlekeh dan tidak menghargai sesuatu itu. Tidak juga bermakna untuk tujuan merosakkan tetapi ia bertujuan untuk melompat dari suatu yang lama kepada suatu yang baru. Kereta lama perlu ditukar kepada kereta yang baru kerana lebih cepat, lebih stabil dan lebih nampak menarik. Begitulah juga dalam suatu kepimpinan. Perlukan idea-idea yang baru, cepat berfikir, cepat bertindak, terbuka dan berfikir untuk suatu yang lebih baik bukan sahaja untuk barisan pimpinannya malah untuk ahli-ahlinya.

Oleh kerana tidak mahukan kepada perubahan, jangan pula menjadikan suatu organisasi itu berpuak-puak atau hanya untuk kumpulan tertentu sahaja seperti mengkhususkan suatu kumpulan itu hanya untuk golongan yang memiliki pendidikan di dalam bidang agama sahaja atau hanya untuk golongan professional sahaja. Tetapi, cara yang terbaik adalah menggabungkan antara keduanya dan pilihlah dikalangan mereka yg dikira layak memimpin selagi ianya memberi banyak manfaat kepada suatu organisasi itu.

Tiada salahnya juga jika pimpinan yang ditukar itu bukan dari kalangan mereka yang memiliki pendidikan di dalam bidang agama kerana jika yang dilantik itu seorang yg sayang dan cintakan agama, agresif, cepat bertindak, sentiasa mencari idea yang baru, merancang untuk mencapai kejayaan, berani berubah, sentiasa mengamalkan amalan berbincang dia tetap layak untuk dipilih sebagai pemimpin. Apa yg penting sebenarnya ialah berani atau tidak untuk membuat perubahan. Jika tidak berani dan terlalu taksub dalam sesuatu perkara itu, percaya atau tidak apa yang ingin dikecapi itu tidak dapat dicapai dengan jayanya. Wajarkah suatu organisasi itu terus diwujudkan jika tiada matlamat yg jelas? Wajarkah perjuangan itu diteruskan jika rela menerima kekalahan berbanding menerima perubahan untuk mencapai kejayaan?

Oleh sebab itulah, semua pihak harus bersikap terbuka. Menerima perubahan dan menerima pandangan masing-masing tidak kiralah dari kelompok mana sekali pun demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang.

Seseorang pemimpin itu bukanlah seorang pemimpin yang baik jika ahlinya bercakaran dan saling menuding jari antara satu sama lain malah sikap saling hormat menghormati juga tidak lagi tertanam dalam jiwa mereka.

Beranilah berubah untuk kebaikan bukan berani berubah ke arah kehancuran!


About Me

My photo
Hi. Saya Azizi Yusoff. Saya adalah pengurus syarikat di mana syarikat saya menyediakan perkhidmatan arkitek dan pelukis pelan bukan sahaja di Kelantan malah perkhidmatan ditawarkan ke seluruh Malaysia. Menyediakan rekabentuk rumah, bangunan, rekabentuk dalaman, membuat pelan bangunan baru, ubahsuai dan rekaan dalaman. Syarikat saya juga menyediakan pandangan 3D perspektif dan yang seumpama dengannnya. Sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi saya atau layari www.dzcreation.com.my

Labels

2016 2017 3d 3d sketchup 8share adapter Agoda Airasia Al-Quran Android android update Antivirus Apa itu tone excel arab architect designer Architecture architecture services arkitek Asus asyik-asyik mistik autocad Bahaya Riak Bali beli pelan banglo beli pelan rumah Best Product Bilik Bisnes buat bisnes dengan tone excel buat duit buat duit raya Buat duit raya tanpa modal Camera cara menyertai tone excel Cars Cerita cerita mistik Clixsense computer Computer n Technology Console Coretan daftar Dakwah Design dragonfly facebook faile to updated fix Football Games ganjaran istimewa tone excel Garment GoPro GoPro Hero 4 green architecture green building Gst guru gymnastic gymnastics Hadith dan Sunnah Hari Raya Hotel insufficient storage application Internet Security Islam Islam dan Sains istidraj Isu dan Ehwal Semasa jana duit jana duit modal sikit jana duitr dengan toneExpress jana pendapatan jana pendapatan dengan tone excel jana pendapatan dengan tonexpress Karya Kata Hikmah Kereta Koleksi Video Ceramah Koleksi Video Nasyid komputer lagu lagu arab Lazada lenovo lirik lirik lagu Lukis Lukisan Maher Zain masalah kita menjana pendapatan sampingan metabolic Microsoft mistik Mobile Network nak beli pelan rumah nasihat New York City Notebook Online Shop Pablo Picasso pelan banglo pelan bangunan pelan rumah Pelukis pelukis pelan pelukis pelan rumah Pelukis Terkenal pendapat Percutian perisian perkhidmatan arkitek perkhidmatan pelukis pelan Picasso PlayStation politik produktif Promotions PS4 Puskas 2016 raya tahun ni Real Deals Recommendation respect Restoren Review Riak Riak Pemusnah Pahala Samsung Samsung baru Samsung Galaxy Samsung Galaxy Note Edge Samsung terkini sandisk Sejarah senibina Sifat Tercela sikit-sikit mistik Simkad ToneExcel Singapore sketchup smartphone Software sony problem Steamer suka mistik sukan sukan sea sungai dalam laut Surface sustainable Tablet talkin Tazkirah tazkirah pagi tazkirah ringkas TGNA tidak produktif tl-wn727n Tone Excel Tone Plus Prepaid ToneExcel tp-link tp-link wifi adapter tplink Travel Tuan Guru Nik Aziz Tune Talk Tone Excel ulama' Ultrabook Umum usb Web Hosting wifi Wifi adapter Xbox xperia