Banjir: Jumlah mangsa di Kelantan meningkat

 

Foto - APM Kelantan FB

Keadaan banjir setakat 9 pagi tadi di Kelantan menunjukkan peningkatan apabila sejumlah 5,327 mangsa daripada 1,688 keluarga telah dipindahkan ke ke pusat pemindahan sementara (PPS). Sebelum ini sebanyak 4,840 orang mangsa telah direkodkan, telah meningkat lebih 480 orang.

Di Pasir Mas sahaja sebanyak 16 PPS telah dibuka manakala 1 lagi PPS di Tanah Merah. 

Namun, keadaan berbeza di Terengganu apabila jumlah mangsa mula turun kepada 812 orang berbanding 824 orang yang dicatatkan sebelumnya. Daerah yang terlibat ialah Dungun, Marang dan Setiu.

Selangor pula menunjukkan sebanyak 43 orang mangsa berada di PPS berbanding 39 orang sebelumnya telah ditempatkan di 2 PPS iaitu 23 orang di SRA Padang Jawa dan 20 orang di SK Parit Mahang, Kuala Selangor. 

Di Perak sebanyak 89 mangsa banjir ditempatkan di Dewan Serbanguna Padang Tembak yang melibatkan 26 keluarga.

Menurut Portal banjir, keadaan Sungai Klang di Selat Muara Klang dan Sungai Buloh di Parit Mahang, masing-masing telah melebihi tahap waspada iaitu 2.4 meter dan 3.5 meter.

Manakala di Perak iaitu Sungai Bidor, Changkat Jong merekodkan paras bahaya iaitu 3.51 meter. - BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post