Boikot Starbucks: Berjaya Foods catat kerugian

 


Kempen boikot produk Starbucks di Malaysia sebagai tanda protes terhadap israel yang menyerang Gaza telah mengheret Berjaya Foods Bhd (BFood) mengalami kerugian bersih sebanyak RM42.58 juta pada suku kedua yang berakhir 31 Dis 2023 berbanding keuntungan bersih RM35.49 juta tahun sebelumnya.

Seperti yang dilaporkan oleh The Edge, pendapatan juga terjejas oleh kerugian 'one-off' sebanyak RM10.5 juta daripada pelupusan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Jollibran Foods Pte Ltd, menurut makluman kumpulan makanan dan minuman itu pada Rabu.

Hasil boikot yang konsisten itu telah menyebabkan hasil suku tahunan susut 38.19 peratus kepada RM182.55 juta berbanding RM295.32 juta sebelum ini kerana jualan terlalu rendah.

BFood juga jatuh ke paras merah dengan mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM23.55 juta  bagi tempoh 6 bulan terakhir (31 Disember 2023) berbanding tempoh yang sama untuk tahun sebelumnya, keuntungan bersih RM70.19 juta berjaya direkodkan. Perolehan susut 20.28 peratus kepada RM461.09 juta daripada RM578.37 juta.

BFood setakat ini telah menunjukkan prestasi yang lemah untuk 2 suku pertama (FY2024) namun, yakin prestasi operasinya berjaya pulih dalam tempoh berikutnya dan menjangkakan kemajuan yang positif di masa akan datang.




Post a Comment

Previous Post Next Post