Banjir: Keadaan di Kelantan semakin buruk, lebih 17,000 mangsa terjejas

 

Berdasarkan kepada beberapa laporan, keadaan banjir di Kelantan setakat tengah hari menunjukkan beberapa kawasan dinaikir air. 

Jumlah mangsa yang direkodkan sehingga malam tadi ialah seramai 17,466 orang yang melibatkan 5,510 keluarga berbanding sebelumnya 15,994 dari 4,967 keluarga dengan Pasir Mas mencatatkan jumlah tertinggi hampir 13,000 orang mangsa. Mangsa-mangsa di kawasan terjejas telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang berada di lapan jajahan negeri itu iaitu Pasir Mas, Gua Musang Kuala Krai, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Jeli. 

Foto - FB Rantau Panjang Post

Dilaporkan Rantau Panjang Post bahawa air mula melimpah di beberapa kampung di sekitar Kg Meranti yang menyebabkan jalan dari Meranti ke Cabang Empat ditutup kepada semua kenderaan ringan. Sementara itu, berdasarkan kepada video yang dikongsikan di laman Facebook itu menunjukkan keadaan air banjir di Taman Wira, Lubok Jong juga masih tinggi dan hujan masih turun.

Video: Rantau Panjang Post

Keadaan banjir di Rantau Panjang juga dilaporkan agak buruk dengan benteng projek pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu, di Kampung Lanchang Rantau Panjang, pecah kerana arus deras dan paras air Sungai Golok telah mencecah lebih 11 meter.

Video: Rantau Panjang Post


Dalam pada itu, semalam, 26 Disember 2023, keadaan di Lubok Jong seperti Taman Semasa Bandar Baru Pasir Mas termasuk KKTM Pasir Mas juga turut terjejas dengan keadaan air banjir menunjukkan telah melebihi paras paha. 

Foto Bandar Baru Pasir Mas - I Love Pasir Mas FB





Post a Comment

Previous Post Next Post