Thursday, 16 May 2013

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Baiklah. Tempoh hari saya pernah post-kan satu rekabentuk dalaman bagi sebuah kedai gajet berjenama. Kali ni saya nak tunjukkan satu lagi projek rekabentuk bagi rekabentuk sebuah kiosk DSLR di Subang Parade, Subang Jaya, Selangor.


Maklumat Projek :

Projek : Rekabentuk dan Pandangan 3D perspektif bagi sebuah Kiosk DSLR "House of DSLR".
Lokasi : Subang Parade, Subang Jaya, Selangor

Untuk design dan 3D perspektif:
Hubungi: Azizi Yusoff
No.Tel : 0136971377 (HP)
Email : zhur9@yahoo.com



Tuesday, 30 April 2013



Salam semua,

Untuk posting IDS hari ni, IDS nak share-kan salah satu projek rekabentuk dalaman komersil yang telah IDS buat. Rekabentuk ni sebenarnya 'simple' sahaja tetapi nampak mewah dan mesra. Cadangan projek ini ialah berkenaan sebuah kedai gajet dan tablet berjenama seperti Sony, Samsung, HTC, Nokia Dll. Projek ini dicadangkan dibina di Plaza Lowyat, Kuala Lumpur dengan keluasan 1000 kaki persegi dan berbentuk 'L' untuk mengubahsuai kedai asal yang agak padat.

Bagi projek ini, IDS menyediakan rekabentuk, lukisan pelan arkitek sehingga kepada pandangan 3D perspektif. Konsep yang diinginkan oleh klien IDS ialah : terang, moden, banyak menggunakan elemen lampu, mesra dan mewah. Warna putih dan hitam adalah tema bagi kedai ini.

Projek : Rekabentuk dan Pandangan 3D perspektif bagi sebuah Kedai Gajet dan Tablet di Plaza Lowyat.
Lokasi : Plaza Lowyat, Kuala Lumpur
Status : Cadangan Rekabentuk

Untuk design dan 3D perspektif:
Hubungi: Azizi Yusoff
No.Tel : 0136971377 (HP)
Email : zhur9@yahoo.com

Kunjungi dan Like kami di : http://www.facebook.com/dzcreation.official

Wednesday, 24 April 2013

Assalamualaikum, semua!

Apa khabar? Harap semua sehat belaka. Saya ada sesuatu nak dikongsikan.

JomNiaga. Apa itu JomNiaga? JomNiaga merupakan pusat pengumpulan produk-produk affiliates digital atau fizikal yang kini terhangat di Malaysia . JomNiaga juga merupakan sistem pengurusan affiliates yang terbaik setakat ini.

Saya ingin mempelawa kepada semua rakan-rakan facebook, blogger dan juga pelawat laman ini untuk mencuba JomNiaga. Kenapa? Ini kerana, JomNiaga merupakan program affiliate yang mudah untuk mendapatkan iklan-iklan affiliates terkini dan terlaris jualannya serta menjana pendapatan secara konsisten.



Jana Pendapatan

Kini dengan JomNiaga, menjana pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa melalui Internet tidak mustahil lagi. Jom ke laman JomNiaga sekarang juga dan daftar secara percuma di sini

Untuk Siapa JomNiaga Ini ?

JomNiaga direka untuk:- 

Pemilik produk digital atau fizikal yang ingin mendapatkan lebih banyak sales .
Affiliate atau agen yang ingin mempromosikan produk untuk mendapatkan komisyen .
Blogger atau pemilik laman web yang ingin memaparkan iklan selain Google Adsense .
Yang berminat untuk menambah pendapatan

Berikut adalah testimoni pengguna JomNiaga:

"Saya berjaya menjana RM428.26 secara AUTOMATIK."
- Muhammad Helmi Mohd Yunus

"Pembayaran setiap 2 minggu on time, support yang friendly."
- Munib Ahmad

"Mudah memilih jenis iklan yang mahu paparkan di blog."
- Muhammad Syazwan

"Medium terbaik buat pemasar affiliate."
- Razif Yusoff

Pendaftaran dalah percuma, dan ramai yang telah berjaya menjana pendapatan yang lumayan melalui JomNiaga dalam masa yang singkat.

Daftar di sini: 

Daftar JomNiaga atau klik pada banner



Ikhlas,

IDS Blog :)

Tuesday, 12 March 2013

IDS menawarkan perkhidmatan freelance pelukis pelan dan merekabentuk bangunan dan dalaman.

Servis di IDS:

1. Rekabentuk Bangunan dan Dalaman

2. Rekabentuk Kedai / Ubahsuai / Workshop / Carwash DLL

3. Rekabentuk Kiosk, Booth, Gerai, Kedai - Kedai di Pasar raya DLL

4. Menyediakan 3D Perspektif Bangunan / Dalaman


-----------------------------------------------------------------------

Our services:

1. Provide architectural design, drawing plan and interior design

2. Building Model Maker

3. Provide 3D Perspectives (Exterior and Interior)

4. Kiosk, Booth, Workshop, Carwash, Retails, Shops, Stall, Stage & etc

DZ Creation

No.Tel: +6013 6971377 (HP)
No Tel: +601112699935 (Office)
Email: zhur9@yahoo.com
Website: http://www.ibnyusoffcreativestudio.com/
Website: http://www.dzcreation.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/DZCreation.Official

Person to contact: Azizi Yusoff

* Servis ditawarkan untuk Seluruh Selangor , Kuala Lumpur dan terbaru di Negeri Kelantan. Kami juga menawarkan servis di Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Brunei, Indonesia dan Singapura. Rundingan secara online, sms, email dan panggilan telefon (telephone call) diterima.

* Pelanggan Kami: Ipoh, Subang, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Lowyatt Plaza, Subang Parade, Petaling Jaya, Kota Bharu, Pasir Mas, Shah Alam, Bangsar, Tanjong Karang, Kuala Terengganu, Seri Kembangan, Johor Bharu, Sri Hartamas, Seremban, Serdang, SIRIM, Kudat Sabah

* Our Services are now open to whole Malaysia and also Brunei, Indonesia and Singapore.

Wednesday, 10 October 2012


android_repair-300x294Most of us have an android phone and some application should be updated to stabilize the application. But today, when update your android application, you'll find an "insufficient storage available" and your installation failed. So how to solved this problems?
Here, I have the solution. I'm not sure whether all smartphone applicable or not. But its working on my android phone. I‘m using Sony Ericsson Xperia Neo V, updated to ICS4. Before that, you may try to look at this website "8 Simple Steps to Fix 'insufficient Available Storage” on Android".
Alright, here are the solution for you to try as well. It's all in "application installer"
Screenshot_2012-10-10-00-58-161
Step 1 : Go to your android phone.
Step 2 : Find application called "application installer"
Step 3 : Open the application.
Step 4 : The application will scan data first and need to wait until finish
Step 5 : You will see many file listed in this application.
The files listed is an old installer application we have installed on android. The installer application will be retained in your “application installer” and it will make you difficult to download or update your application.
Step 6 : Just delete all the application installer and let it empty.
Next Step : Close "application installer" and try to update your application
Screenshot_2012-10-10-00-59-10arrowScreenshot_2012-10-10-00-59-27
Find any Application updates on “My Apps” and update.
Please drop your comment if this solution working for you. Thanks

Thanks


* SMILE * B-)

Saturday, 6 October 2012


Bersangka Buruk .."Ala..Apa la nak dilayan sangat perasaan Buruk ni"..

Bersangka buruk memang ada dalam diri kita. Setiap hari mungkin ada sangkaan buruk yg kita lakukan. Kenapa anda bersangka buruk? 

Mungkin anda rasa puas bila bersangka buruk pada orang lain. 
Mungkin juga anda rasa suka nak bergaduh, nak rasa bekeng dengan orang dan macam-macam lagi.

Merasa seperti itu memang sering berlaku dalam diri. Bila nampak orang potong kereta kita laju2 kita kata dia nak eksyen je dgn kita. 

Bila dia press kereta kuat-kuat, kita kata dia saje nak tunjuk kereta dia best. 

Bila ada orang kaya, kita kata dia tipu. 

Bila ada orang lain banyak projek kita kata, bodek kuat je tu . 

Tapi kita jarang nk positifkan diri kita. Kadang2 dengan kawan baik pun kita boleh bersangka buruk. Kalau kawan baik kita ada sesuatu yang bagus, yang tak mahu dikongsikan, kita rasa dia khianati kita. Sedangkan cuba tanya diri kita, apa yang kita nak tahu sangat apa 
yang kawan kita buat tu? Apa kaitannya kita dengan dia yang cuba merahsiakan sesuatu. Bila ada kawan2 kita senang, kita kata mereka ada apa-apa tak nak share dengan kita. 

Macam-macam kita fikir sehingga kita rasa kita perlu buat macam tu juga. Apabila ada sesuatu yang kita dpt yg best2 tak payah ckp dengan kawan kita tu. Kita update je kat facebook dengan rasa harapan supaya kawan tu pun merasa dengki dengan kita. 


Kita selalu 'rasa'. Kalau borak tentang orang lain, atau fikirkan pasal orang lain, mesti ada perkataan 'rasa' atau 'rasa-rasa' atau 'rasanya' atau 'kot'. 

Contohnya: 

.."aku rasa dia nak menunjuk dengan kita"..

.."dia cakap eksyen dengan aku, aku rasa dia nak tunjuk bagus kot"..

.."rasanya dia nak tahu apa yang kita buat sebab tu dia mcm tiba2 tanya kabar kita"..

.."rasa-rasa la kan dia tu tak puas hati dengan kita, ntah-ntah dia nak komisyen jugak kot"..

.."aku rasa la kot, cerita sebenar tak tau la kan?".. 

Semuanya rasa je. Bukti takda. Kalau taktahu cerita diam saja la. Ini antara punca kenapa kita rasa sangka buruk. Kenapa perasaan sangka buruk tu wujud walau dengan kawan baik sekalipun. 


Atasinya:

Telefon dan bercakap dengan kawan anda tu. Dengar suara kawan anda. Tanya khabar. Bercakap baik-baik dengannya. Pasti perasaan sangka buruk itu akan lenyap. Semuanya akan jadi baik. 

Anda rasa dia begini begini begini, tapi itukan perasaan anda sahaja. Cubala tanya sendiri, sms ke, call ke, email ke, chatting ke. Kadang2, apabila kita dengar suara rakan kita, dengar pulak dia cakap elok je dengan kita, kita akan berlembut hati pula. Segala sangka buruk kita hilang begitu saja. Tiba-tiba pula kita nak puji semula dia dengan perkataan yg mudah (dia ok je rupanya).

kalau dia bukan kawan anda, senyum padanya. Kita kata dia masam je dengan kita. Ntah-ntah dia pun fikir kita tak mahu senyum padanya. Apa kata kita senyum saje ke dia. Dia pun balas senyum kita. Masa tu semua perasaan buruk, segala sumpah seranah dalam hati akan lenyap.

Kalau kita tak kenal pun, potong kereta ke, potong lampu isyarat ke, kita cakap dlm hati, dia nak sembahyang tu. Dia nak gi toilet tu. Anaknya sakit tu. ooo..Maknya sakit. Dengan serta merta hati anda menjadi lembut. Tenang. Sabar. 

Jangan dilihat keburukan orang, tapi lihat keburukan diri sendiri. Buang rasa hebat bangga diri. Insya Allah barulah kita rasa rendah diri. Barulah tau tinggi langit dengan bumi.  

Banyak lagi boleh buat. Dengan Syarat "POSITIF" kan diri.



.."Ala..Apa la nak dilayan sangat perasaan Buruk ni"..

* SENYUM PAGI * B-)


Thursday, 27 September 2012


Antara sebab anda tidak produktif

1. Main Facebook

Kerap main facebook. Sekejap-sekejap tengok facebook. scroll up scroll down tengok kawan buat apa. baca info terkini.

2. Kerap update status Facebook

Situasi 1:
Sebelum pergi kerja, update facebook dulu:
 .." yeay, hari ni nak mulakan dengan ceria! chayok2!! :)"..

Situasi 2:
Dalam kereta, update facebook: 
.."apahal la jem sangat ni, bosan la hari2 mcm ni"...

Situasi 3:
Di meja ofis, update facebook: 
.."hari ni semua orang tanya aku, aik ceria je hari ni, ada apa2 ker ? hehehe"..

Situasi 4:
Bukak komputer > buka file, update facebook: 
.."yes! hari ni nak semangat buat kerja!! Chayok2!!!"..

Situasi 5: 
Scroll up scroll down file, update facebook: 
.."alhamdulillah, nasib baik tak byk sgt keje hari ni, yes!!"..

Situasi 6:
5 minit buat kerja, update facebook: 
.."fuh, tegangnya kepala, tapi saya hepi, yey!! nak sambung keje jap"..

situasi 7:
15 minit buat kerja, update facebook: .."Stressnya , ingatkan kerja sikit tak stress. Rupanya stress jugak, huh!!"..

Situasi 8:
Sambung kerja tapi update status facebook lagi, update facebook: 
.."ishh, tensionnya , banyak nye lagi nak buat nih, 
ingatkan kerja tak banyak boleh la nak rehat, ni dah 4 jam asyik duk part ni je,huh!!"...

Situasi 9:
Bos datang tanye kerja ok ke tak: 
"kerja belum siap lagi bos, saya pening kepala kat bahagian ni, sikit je lagi"

Situasi 10:
Kerut2 picit kepala, update facebook:
.." fuh, abisla bos dah tanye kerja bila nak siap, ni tinggal 1 jam nak balik ni, nampaknya esok gakla submit ni"..

Situasi 11:
Off file siap nak balik, update facebook: 
.."kerja sikit tapi rasa tension sebab takleh nak setelkan satu part. Jangan ingat kerja sikit tak susah tau. Peace!!"..

Situasi 12:
Dalam kereta, update facebook: 
.."otw balik ..huhu.. "..

Situasi 13:
Lepas mandi, update facebook: 
.."siap mandi dah, nak mulakan mlm ni dengan semangat, nak tido awal esok tak ngantuk buat kerja, :)"..

Situasi 14:
nak tido tgk ipad, update facebook: 
.."nite semua, semoga dapat mimpi2 indah"..

Situasi 15:
Bangun tidur, update facebook: 
.."yey! hari ni nak mulakan hidup baru, hepi, ceria, yey!! chayok2!!"..

*mcm mana nak siap, update facebook je B-)

*ada lagi , nanti sambung

* SENYUM PAGI B-) *

Tuesday, 25 September 2012


Setelah 3 minggu saya mendiamkan diri, hari ni saya rasa nak sampaikan sesuatu yang berguna untuk anda. Walaupun saya tak menulis sebarang artikel, tak bermakna saya tak ada apa-apa yang nak dikongsikan. Sebelum tu, sila baca tajuk saya :


Ringkasnya, jika ramai yang mengunjungi blog atau website anda , pasti bisnes anda juga akan diketahui ramai. Paling tidak pun akan ada diantara mereka yang tertarik dengan isi kandungan blog / website anda dan akan sentiasa mengikuti perkembangan dari masa ke semasa. 


Baiklah, macam mana caranya? Gunakan teknik "Exchange Link"

Dalam saya sibuk dengan kerja-kerja saya, saya telah menjumpai satu laman web yang boleh membantu untuk meningkatkan trafik blog atau website anda. 

Ini dia : http://www.asiacube.com/ free :)

Apa kelebihan website ni ?

Kelebihannya, anda boleh letakkan seberapa banyak link anda antaranya link facebook page anda, website, blog, google+, twitter, youtube dan sebagainya. Anda juga perlu tetapkan coin untuk setiap orang yang klik website / blog anda. Untuk permulaan anda diberi 40 coin. Setiap yang klik link anda, coin anda akan berkurangan, untuk menambah coin anda semula, anda hanya perlu like atau kunjungi link mereka semula. Jika coin anda bertambah, peluang link anda akan dikunjungi dan like juga bertambah. 

Kelebihan lain, ada affiliate yang boleh bantu anda untuk jana pendapatan sambilan. Tapi anda perlu buka akaun Paypal dulu kerana jika anda berjaya dapat duit, duit tu akan ditransfer ke akaun anda melalui paypal. ( next time saya akan tunjuk cara nak buat akaun paypal )


Maklumat lanjut / daftar disini : http://www.asiacube.com/



Saya akan update cara-cara nak register AsiaCube ni nanti. :)



ikhlas
Ibnyusoff Creative Studio :)


Thursday, 23 August 2012


"Saya melukis lukisan ini bukan hanya memerlukan masa 1 minit, namun saya sudah menghabiskan waktu belajar dan berlatih selama lebih dari 40 tahun sehingga boleh melukis seperti itu." - Pablo Picasso




Ikuti sebuah kisah Pablo Picasso (xtau betul ke x) B-)


.."Picasso, ialah seorang pelukis yang sangat terkenal. Suatu ketika dia sedang makan tengah hari di suatu restoran bersama beberapa orang kawannya, tiba-tiba dari jauh datang seorang perempuan yang kelihatannya sangat mengenalinya. Kemudian wanita itu mendekati, menyapa dan mengajak berkenalan.

Wanita itu kemudian memintanya untuk melukis sesuatu gambar di atas serbet makan yang berwarna putih (napkin) yang dibawanya. "Tuan Picasso, tolong lukiskan saya suatu sketsa, saya ingin memiliki lukisan asli anda."

Picasso sudah tentu menolak, kerana waktu makannya terganggu. Wanita itu terus memujuknya dan bersedia membayar berapa pun asalkan Picasso mahu melukiskan suatu lukisan untuknya, sekalipun hanya sketsa saja di serbet makan itu.

Setelah dipujuk, akhirnya Picasso bersedia membuat suatu sketsa di serbet makan itu. Dengan pantas, kurang dari satu minit,dia sudah menyelesaikan suatu lukisan bunga yang indah. Sambil menyerahkan sketsanya, ia mengatakan bahawa nilai lukisan sketsanya itu adalah US $ 10,000.

Lantas wanita itu terkejut lalu keberatan, dan menyatakan bahawa Picasso hanya menghabiskan masa kurang dari satu minit, tapi caj nak mahal-mahal saja!!

Picasso dengan tenang menjawab, "Saya melukis sketsa ini bukan hanya memerlukan masa 1 minit, namun saya sudah menghabiskan waktu belajar dan berlatih selama lebih dari 40 tahun sehingga boleh melukis seperti itu."


* Hargai hasil kerja orang lain merupakan satu cara kita untuk menghormati hasil usaha dan titik peluh mereka. Bukan mencemuh dan memperlekehkan mereka sedangkan mereka nak mencapai satu tahap seperti itu bukan suatu yang mudah seperti yang kita jangkakan.


** SENYUM ** B-)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Buat duit dengan PreLaunchX
* Earn Money with PreLaunchX

Tuesday, 7 August 2012

Saya jumpa satu web server yang pada saya bagus dan murah. Pakej yang ditawarkan sesuai bagi mereka yang baru dalam dunia website secara berdaftar. Pada saya , untuk setakat ini Jomhosting memang terbaik dan berbaloi. Tak perlu bayar lebih.  Dengan hanya dari RM 10 anda akan memiliki laman web anda sendiri. Customer servis nya pun ok, cepat dan sentiasa membantu agar pelanggannya dapat menikmati perkhidmatan yang selesa. Saya sendiri telah mendaftar website saya ( http://www.ibnyusoffcreativestudio.com ) dengan pakej mini  100MB kemudian saya upgrade pula kepada 500MB. 

Maklumat lanjut anda boelh cuba kunjungi disini JomHosting.net.

Saranan saya jika anda berminat untuk membuka laman web anda sendiri selain menggunakan blogger, wordpress dan lain2 anda boleh cuba "JomHosting". Nak setup semuanya mudah. Tak perlu pergi kursus hehehe. Yang perlu anda lakukan ialah , pilih nama, pilih pakej dan akhir sekali buat payment. Tak susah kan? jangan lupa bila nak buat payment kena maklumkan kepada JomHosting sama ada melalui email atau pun "submit ticket" yang terdapat dalam akaun jomhosting anda tu. 


untuk daftar boleh berkunjung ke Jomhosting.net

jomHosting :

Malaysia Cheap Web Hosting



Follow me by Email

Followers

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!