Sawah Ala Sekinchan: Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Berkenan Rasmi Program Smart Sawah di Pekan

 

Foto - Awani

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Program Smart Sawah Bersekala Besar Ala Sekinchan di Kumpulan Pengguna Air Permatang Durian, Skim Merchong. 

Smart Sawah Bersekala Besar ala Sekinchan merupakan model yang menerapkan amalan pertanian berhasil tinggi telah dilancarkan pada Mei 2023. 

Program itu bertujuan untuk meningkat jumlah pendapatan petani sawah dengan cara meningkat produktiviti seperti amalan penanaman yang dipraktikkan di Sekinchan, Selangor. 

Pahang menerusi Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pekan bersama syarikat peneraju di Skim Merchong mempunyai kawasan seluas 4,134 hektar dan 1,716 orang pesawah.

Skim Merchong mempunyai 10 KPA dengan KPA Permatang Durian diberi keutamaan. Seramai 84 peserta akan terlibat dalam kawasan perusahaan seluasa 168 hektar.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah dan Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan dan Menteri Besar Pahang juga turut hadir meluang masa melawat pameran dan melihat gimik penanaman ala Sekinchan. - BERNAMA



Post a Comment

Previous Post Next Post