Piala Asia Qatar 2023: Palestin cipta sejarah layak ke pusingan 16 terbaik kali pertama

 

Foto - Al-Jazeera

Palestin antara pasukan yang layak ke pusingan 16 terbaik Piala Asia Qatar 2023 selepas menang ke atas Hong Kong 3-0 di Stadium Abdullah Bin Khalifa malam tadi.

Palestin muncul sebagai salah satu pasukan 4 terbaik di tempat ketiga untuk mara ke pusingan yang seterusnya. 

Walaupun berdepan dengan peperangan di Gaza, ia tidak mematahkan semangat pasukan Palestin untuk mara dengan gol pertama dicipta pada minit ke-12 menerusi tandukan Oday Dabbagh. 

Pada minit ke-48, Palestin memperolehi gol kedua apabila hantaran cantik Mus'ab Al-Batat dari kanan ditanduk kemas oleh Zaid Qunbar. 

Pada minit ke-60, Oday Dabbagh sekali lagi menjaringkan gol ketiga untuk Palestin selepas percubaan Tamer Seyam terkena palang dan ditolak dengan baik oleh Oday.

Palestin memperolehi peluang keemasan untuk menambah gol keempat pada minit ke-78 tetapi tolakan Tamer Seyam berjaya ditampan penjaga gol Hong Kong. 

Keputusan penuh Palestin 3-0 Hong Kong. Palestin layak ke pusingan 16 terbaik selepas menjadi salah satu daripada 4 pasukan terbaik di tempat ketiga. - AFC



Post a Comment

Previous Post Next Post