Palestin: Afrika Selatan mulakan prosiding genosid terhadap israel

 

Foto - AFP/Sinar Harian

Afrika Selatan telah melakukan permohonan untuk memulakan prosiding terhadap israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tindakan keganasan israel kepada penduduk Palestin.

Prosiding itu dibuat mengikut Konvensyen 1948 yang membabitkan Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid (Genoside Convention) yang mana permohonan itu termasuklah permintaan supaya mahkamah mengambil langkah sementara atau jangka pendek mengarahkan israel menghentikan serangan.

Malaysia menyambut baik

Sementara itu, Malaysia melalui Kementerian Luar, menyambut baik permohonan Afrika Selatan sambil menegaskan bahawa tindakan Afrika Selatan yang memulakan prosiding terhadap israel adalah satu tindakan yang tepat dan tegas ke arah kebertanggungjawaban undang-undang terhadap kekejaman israel di Palestin.

Menurut kementerian itu, sebagai Pihak kepada Konvensyen Genosid, Malaysia menggesa israel supaya memenuhi kewajipannya mengikut undang-undang anatarabangsa dan menghentikan segera kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Malaysia turut mengulangi gesaan supaya penyelesaian berkekalan dilaksanakan dengan palestin diberikan negara berdaulat dan merdeka sendiri berdasarkan persempadanan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya. 

Setakat ini, angka korban yang direkodkan ialah sekitar hampir 22,000 orang dan kebanyakannya ialah wanita dan kanak-kanak. Hampir 58,000 mangsa lagi cedera sebagaimana dilaporkan pihak berkuasa kesihatan tempatan. - BERNAMA


Post a Comment

Previous Post Next Post