Gempa bumi: Gegaran kuat berukuran 7.6 magnitude melanda Jepun. Amaran tsunami ditarik balik pada Selasa

 

Foto - Japan News

Dilaporkan Agensi Meteorologi Jepun (JMA) bahawa satu siri gempa bumi kuat berukuran sekitar 7.6 magnitud telah melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada hari Isnin, 1 Januari 2024. 

Gegaran kuat yang berlaku pada jam 4.10 petang waktu tempatan (3.10 petang waktu Malaysia) pada kedalaman cetek menyebabkan orang ramai digesa untuk segera berpindah kerana amaran tsunami telah dikeluarkan oleh agensi berkenaan.

Gegaran itu turut dirasai di beberapa wilayah negara itu.

PM dan isteri zahir simpati

Sementara itu, Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim dan isteri menzahirkan rasa simpati terhadap Jepun yang dilanda gempa bumi.

"Moga yang terkesan diberi ketabahan dan kesabaran dalam waktu sukar dan mencabar ini termasuk rakyat kita di sana," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Bagaimana pun, Wisma Putra melaporkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang terkesan dengan gempa bumi itu namun, dinasihatkan supaya berwaspada dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di sana.

Amaran tsunami ditarik balik

Semua Amaran Tsunami Telah Ditarik di Jepun. Agensi Meteologi Jepun hari ini 2 Januari 2024, telah menarik balik semua amaran tsunami yang telah dikeluarkan selepas gempa bumi Semenanjung Noto pada pagi Selasa. - Japan News




Post a Comment

Previous Post Next Post