DS Zahid Hamidi cadang tubuh undang-undang kerajaan kekal kuasa 5 tahun

 

Foto - Bernama

DS Zahid Hamidi berkata satu undang-undang perlu diperkenalkan untuk memastikan sesebuah kerajaan kekal berkuasa untuk tempoh lima tahun. 

Menurutnya, sekiranya sesebuah parti atau gabungan yang berjaya membentuk kerajaan dan dapat perkenan YDP Agong perlu kekal sehingga tamat penggal.

Sekiranya tidak, negara akan mengalami perkara sama yang pernah berlaku sebelum ini di mana negara terpaksa menerima 3 perdana menteri dalam 1 penggal sahaja.

"Ini akan memberi kesankepada rakyat dan pertumbuhan ekonomi akan terganggu. Selain itu, negara sedang mengalami pandemik Covid-19 dan ia merupakan pengalaman pahit bagi kita." Katanya.

Terdahulu terdapat tuduhan yang mendakwa bahawa seorang pemimpin Perikatan telah memperuntukkan RM1 bilion untuk digunakan sebagai rasuah bagu mempengaruhi Ahli Parlimen kerajaan.

Bagaimanapun, Bersatu menyangkal dakwaan berkenaan. - The Star Online

Post a Comment

Previous Post Next Post