Zayn Rayyan: Polis jumpa stoking dalam takungan air

 

Foto - BERNAMA

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa sehelai stoking telah dijumpai di kawasan takungan air di anak sungai berhampiran lokasi Zayn Rayyan ditemui. Bagaimana pun, pihak polis tidak dapat mengesahkan sama ada ianya milik Zayn Rayyan atau sebaliknya.

"Kami menjumpai sehelai sahaja tetapi perlu buat pengesahan lanjut sama ada kepunyaan kanak-knak itu atau bukan," katanya.

Sebelum itu, polis mendapatkan bantuan daripada Bomba dan JPS untuk membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mangsa untuk mencari bukti baharu.

Kanak-kanak enam tahun itu dilaporkan hilang di Damansara Damai pada 5 Disember sebelum ditemui telah meninggal dunia tidak jauh dari lokasi blok rumahnya di Apartment Idaman keesokan harinya. - BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post