Zayn Rayyan: Pelaku mungkin seorang sahaja

 

Foto - BERNAMA

Menurut Pihak Polis melalui Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, kes pembunuhan adik Zayn Rayyan mungkin melibatkan seorang individu sahaja. Kenyataan itu berdasarkan kepada kesan jerutan dan pergelutan pada tubuh mangsa. 

"kita mengesan seorang individu dan percaya kes ini melibatkan seorang individu. Kita telah tengok semua sudut, pengkalan data polis serta melakukan tapisan secara besar-besaran dan berharap akan mendapat petunjuk positif sehinga boleh menangkap penjenayah ini," katanya.

Beliau menasihati orang ramaiuntuk membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan meminta orang ramaiuntuk memberi ruang kepada pihak polis menumpukan tugas berdasarkan fakta kes. 

Polis juga sedang meneliti rakaman dashcam milik beberapa kenderaan penghuni Aparment Idaman.

Berkenaan dengan jangkaan masa mayat adik Zayn Rayyan diletakkan di lokasi di mana mangsa ditemui, beliau menjelaskan bahawa mayat ditemukan pada waktu malam dan pencarian telah dilakukan sebelumnya, namun tidak menemukan mayat mangsa. Pihak Polis juga percaya mangsa diletakkan ketika hujan lebat di sebelah petang.

Ketika ditanya tentang pemeriksaan sebuah setor berdekatan, beliau mengulas bahawa siasatan dilakukan untuk mencari kemungkinan penjenayah pernah berada di situ. Beliau berkata bahawa siasatan masih terbuka dan masih melihat dari semua sudut sama ada dari dalam atau luar kawasan. - BERNAMA




Post a Comment

Previous Post Next Post