Banjir: Penduduk dekat Sungai Golok diingat waspada banjir - Polis

Foto -Bernama
 

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Kama Azural Mohamed berkata, berdasarkan kepada pemantauan pihaknya terhadap keadaan semasa sungai di sana, penduduk yang tinggal dekat dengan Sungai Golok perlu berwaspada dengan situasi banjir dan diingatkan untuk segera berpindah kerana paras air sungai telah melebihi paras bahaya. 

Paras Sungai Golok di Rantau Panjang setakat 5 petang telah merekodkan bacaan pada paras bahaya iaitu 10.23 meter. Manakala di Empangan Bukit Wong Pasir Mas, 17.23 meter dan di Kuala Jambu, Tumpat mencatatkan bacaan 2.24 meter. 

Sebanyak 7 pasukan pemantau telah ditubuhkan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk mengawasi 5 zon di sekitar bandar Pasir Mas, Lubok Setol, Repek, Jeram Perdah dan Rantau Panjang.

Katanya, pasukan itu akan meninjau kawasan yang mudah dinaiki air dan penduduk dinasihatkan supaya segera berpindah sekiranya melihat keadaan semakin berbahaya.

Beliau menambah, kenderaan yang hendak ke Thailand dinasihatkan supaya meletakkan kenderaan mereka di kawasan tinggi untuk mengelakkan banjir. 

Menurutnya, terdapat 3 kereta ditenggelami air selepas pemiliknya meletakkan kenderaan di tepi Sungai Golok dan tidak menyedari kenaikan paras air yang mendadak sejak petang.

"Polis juga nasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau anak-anak terutama yang masih kecil danelakkan daripada bermain air agar tidak berlaku sebarang insiden," katanya.

Beliau berkata, set
akat ini hanya Balai Polis Rantau Panjang dinaiki air kira-kira 1 kaki namun, masih beroperasi seperti biasa. - BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post