Zayn Rayyan: Polis ambil sampel di rumah keluarga

 

Foto - BERNAMA

Dilaporkan BERNAMA bahawa Pasukan Unit Forensik Kontinjen Selangor telah hadir ke kediaman keluarga Zayn Rayyan Abdul Matiin sekitar jam 4.20 petang semalam di Damansara Damai untuk mengambil sampel bagi membantu siasatan. 

Pasukan itu hadir dengan tiga anggota polis berpakaian preman dilihat memasuki kediaman dengan membawa satu kotak hitam ke kediaman itu. Selepas 45 minit tiga anggota itu dilihat keluar sambil membawa 4 beg kertas berwarna coklat dan pasukan forensik pula membawa 1 kotak berwarna hitam. Anggota berkenaan meninggalkan kediaman sekitar jam 5 petang.

Ketua Polis Selangor mengesahkan pihaknya mengambil sampel dari kediaman keluarga Zayn Rayyan namun tidak mengulas lanjut.

Dalam pada itu, pihaknya juga memaklumkan bahawa sebanyak 28 lagi individu telah diambil keterangan untuk membantu siasatan. 

Pada Selasa lalu, Zayn Rayyan, 6 tahun dilaporkan hilang pada tengah hari di Damansara Damai dan ditemui telah meninggal dunia kira-kira 200 meter dari rumah kediamannya.


Post a Comment

Previous Post Next Post