Gencatan senjata di Gaza dilanjutkan 2 hari

 

Foto - AFP

Dipetik Bernama, Qatar, pada Isnin telah mengumumkan bahawa tempoh gencatan senjata di Gaza dilanjutkan selama 2 hari lagi.

Gencatan senjata telah dimulakan pada hari Jumaat selama 4 hari selepas pencerobohan rejim zionis ke wilayah yang dikepung sejak 7 Oktober lalu.

Kementerian Luar dan Ekspatriat Jordan mengalu-alukan inisiatif berkenaan dengan memuji usaha diplomatik Qatar dengan kerjasama Mesir dan Amerika Syarikat bagi mencapai persetujuan ini. 

Jurucakap kemnerian, Sufyan Qudah berkata, kepentingan lanjutan berkenaan disifatkan sebagai langkah penting ke arah menamatkan perang di Gaza serta memastikan bantuankemanusiaan di semua kawasan terjejas. 

Dilaporkan bahawa sekurag-kurangnya 15,000 orang terbunuh dan 36,000 lagi cedera. - BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post