Datuk Seri Dr Zambry Kadir hadir UNGA, UNSC 28 - 29 November 2023

 

Foto-Bernama

Menteri Luar Datul Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menghadiri dan menyampaikan Kenyataan Negara di Mesyuarat Pleno Sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dan debat terbuka peringkat tinggi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) di Amerika Syarikat pada 28 - 29 November 2023. 

Debat terbuka Peringkat Tinggi Majlis Kselamatan PBB berlangsung pada hari yangsama sambutan Hari Solidariti Antarabangsa Palestin.

"Penyertaan Malaysia di kedua-dua mesyuarat itu bersama negara-negara ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Kumpulan Arab dan negara-negara yang sehaluan di platform PBB bertujuan untuk meningkatkan momentum dan memberi tekanan supaya hak rakyat Palestin dikembalikan," dalam satu kenyataan menteri berkenaan.

Datuk Seri Dr Zambry akan menggesa Majlis Keselamatan PBB dan masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan segera bagi memastikan tempoh gencatan senjata berkekalan. Ini termasuk menyediakan laluanselamat untuk tujuan penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan dan menolak sikap pilih kasih. 

"Penyertaan Malaysia dalam kedua-dua mesyuarat itu menzahirkan komitmen kuat Malaysia dalam usaha menangani konflik di Gaza. 

"Langkah ini juga turut menzahirkan solidariti yang berterusan dan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap perjuangan rakya Palestin." 

- BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post