Coldplay: DS Anwar akan jumpa mufti

 


Berkenaan dengan konsert Coldplay yang akan berlangsung 22 November 2023, Perdana Menteri memaklumkan akan mengadakan perbincangan dengan Mufti Wilayah Persekutuan tentang keperluan untuk meneruskan konsert tersebut di Stadium Bukit Jalil.

Ini berikutan terdapat beberapa pihak menyokong dan ada pihak menyarankania dibatalkan. 

"Coldplay ini antara kumpulan yang sokong Palestin, jadi ada masalah sikit saya nak beritahu, dalam kerajaan yang lepas telah luluskan juga. Saya akan bincang dengan mufti keadaan ini.

"Kerana ada pelobi daripada gerakan Palestin yang menyokong danberikan pandangan kepada Menteri Luar dan pejabat saya menyatakan kenapa dihalang kumpulan yang sokong perjuangan Palestine daripada meneruskan pertunjukan," katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawabkepada pertanyaan Wan Ahmad Fayshal (PN-Machang) berkenaan dengan pendirian kerajaan terhadap penganjuran konsert dan pandangan mufti agar ia tidak diteruskan.

Ada beberapa phak menyarankan agar konsert itu dibatalkan sebagai tanda menghormati situasi yang sedang berlaku di Gaza ketika ini.

Coldplay dijadualkanakan mengadakan konsert mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November 2023 sempena jelajah Music of the Spheres World Tour. - BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post