Banjir: Mangsa di Terengganu meningkat

 

Foto - Sinar/APM

Hujan 2 hari di Terengganu telah menyebabkan jumlah mangsa di negeri itu meningkat kepada 1431 orang dan kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS). 

Untuk jumlah keseluruhan setakat ini, mangsa di Kuala Nerus telah mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 699 oranng daripada 189 keluarga. Mangsa-mangsa telah ditempatkan di 7 PPS iaitu antaranya dewan serbaguna Tok Jembal, SK Bukit Tunggal dan SK Bukit Nanas.

Kuala Terengganu mencatat jumlah mangsa seramai 574 orang. Manakala Marang merekodkan jumlah mangsa seramai 132 orang dan Setiu 26 orang. 

Berikutan keadaan banjir yang semakin teruk, 12 buah sekolah telah ditutup dan 9 lagi dijadikan PPS. Antara sekolah yang ditutup ialah SK Seri Budiman, SK Kubang Ikan, SK Pusat Kuala Ibai, SK Kedai Buluh, SK Losong, SK Kampung Bukit Chendering dan SMK Bukit Besar.

Sekolah yang dijadikan PPS ialah SK Chendering, SK Bukit Tunggal, SK Atas Tol, SK Bukit Nanas, Sk Teluk Ketapang, SK Pasir Panjang, SK Gong Tok Nasek, SK Bukit Gasing dan SK Tok Jembal.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu menyarankan sekolah yang terjejas dan dijadikan PPS untuk memohon cuti bencana. - BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post