Anak perempuan Zahid sahkan bapa dalam keadaan sihat selepas pembedahan

 

Foto - Malay Mail

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mengesahkan bahawa bapanya yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berada dalam keadaan sihat selepas menjalani pembedahan pada hari Khamis lalu. Beliau berkata demikian setelah berita tentang keadaan kesihatan bapanya tersebar melalui media sosial.

"Alhamdulillah Abah sy sihat setelah menjalani satu prosedur pembedahan pd hari Khamis (16/11) yg seharusnya dilakukan lebih awal lagi, kerana kekangan masa dan jadual yg padat.

Begitulah Abah.

Kepentingan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri.

Bagi kami sekeluarga, inilah masa yg sebaiknya kami gunakan utk bersama menyantuni Abah, menjadi sumber semangat Abah utk kembali pulih dan sihat agar dapat meneruskan khidmat kepada negara.

Abah punya semangat juang yg terlalu tinggi tetapi selalu lupa yg dia adalah individu yg memerlukan gaya hidup yg sihat - pemakanan seimbang, aktiviti riadah dan rehat yg mencukupi.

Semoga segala pengorbanan dan perkhidmatan Abah kepada agama, masyarakat dan negara keseluruhannya selama ini, Allah gantikan dgn pahala yg berlipat ganda, ke syurga tanpa hisab dan ditempatkan di syurga yg tertinggi. Aaminn."

Dalam hantarannya di Instagram, dia juga mengingatkan supaya tidak menjadikan soal sakit dan mati sebagai bahan jenaka. 

Post a Comment

Previous Post Next Post