Slogan "Pas itu Islam dan Islam itu Pas" antara punca kekalahan PH-BN di Kelantan

Imej via

Antara punca kekalahan PH-BN di Kelantan di PRN baru-baru ini ialah slogan "Pas itu Islam dan Islam itu Pas". Demikian yang dikatakan oleh penganalisis politik, Dr Marwan Ismail. 

Menurutnya slogan itu telah menenggelamkan semua isu yang dibangkitkan oleh BN-PH termasuklah air, pembangunan, ekonomi dan sebagainya.

"Perkara itu menunjukkan bahawa rakyat Kelantan telah ditanam dengan Islam itu Pas dan Pas itu Islam," katanya selepas diminta mengulas kemenangan besar Pas pada PRN Kelantan.

Selain itu, kegagalan perang saraf dan kegagalan koordinasi tugas antara UMNO, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan dilihat antara menjadi punca kepada kegagalan itu.

Perkara yang membabitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut mempengaruhi keputusan majoriti undian di negeri ini.

Pada PRN itu, Pas bersama rakan sekutunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi Perikatan Nasional (PN) menyapu 43 daripada 45 DUN Kelantan.

Dua lagi DUN iaitu Kota Lama (Parlimen Kota Bharu) dan Galas (Parlimen Gua Musang) dimenangi oleh PH serta BN.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post