Peratusan keluar mengundi PRN yang rendah boleh dielak jika dibuat serentak PRU15

Imej via

Peratusan yang keluar mengundi yang rendah pada pilihan raya negeri (PRN) boleh dielak jika dibuat serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu.

“Saya akui sendiri terkhilaf kerana tidak mahukan PRN diadakan bersama dengan PRU.

“Ternyata, melaksanakan kedua-duanya bersekali mampu menghasilkan momentum yang perlu bagi meraih peratus keluar mengundi yang maksimum,” katanya.

Menurutnya, PH-BN menang di tiga negeri dan menjadi pembangkang (kecuali di negeri Terengganu) di tiga lagi.

“Secara khususnya, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Permatang Pauh dan juga Kepala Batas masih status quo seperti PRU lepas.

“Selang masa beberapa bulan, diganding faktor makro ekonomi serta psikologi semasa belum sempat menghakis sentimen gelombang hijau sedia ada," katanya.

Fokus berkempen semasa PRN telah merampas masa Kerajaan Perpaduan daripada proses pelaksanaan perancangan Ekonomi Madani; Pelan Transisi Tenaga Kebangsaan; Inisiatif Gaji Progresif serta Perancangan Industri Kebangsaan (akhir Ogos) yang penting dalam membangunkan ekonomi negara.

“Saya menyertai korus desakan agar agensi komunikasi kerajaan diperkukuh supaya inisiatif, kejayaan dan usaha murni Kerajaan Perpaduan sampai terus kepada rakyat.

“Kita seolah-olah masih dalam kerangka minda pasungan pandemik apabila pengundi memperlihat kecemasan ekonomi dan kos sara hidup secara konsisten dan berterusan walaupun statistik menunjukkan penurunan inflasi ekonomi.

“Jangan lupa, pertarungan akan tiba lagi nanti, maka usaha memenangi hati dan mendengar denyut jantung rakyat berjalan terus,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menawarkan khidmat sebagai sukarelawan sepanjang kempen berlangsung.

Sumber


Post a Comment

Previous Post Next Post