Penumpang MH122 ditahan selepas ganggu penerbangan Sydney-KL

Imej via

Polis Australia telah menahan seorang penumpang dalam pesawat milik Malaysia Airlines, MH122, yang menyebabkan gangguan sejurus selepas berlepas dari Sydney.

Polis Australia berkata lelaki berusia 45 tahun itu ditahan tanpa sebarang insiden dan dijangka akan didakwa lewat malam ini, lapor Bernama.

Malaysia Airlines berkata bahawa MH122 terpaksa berpatah balik semasa dalam perjalanan dari Sydney ke Kuala Lumpur kerana gangguan daripada penumpang. Penerbangan itu membawa 194 penumpang dan lima anak kapal.

“Demi kepentingan keselamatan, juruterbang membuat keputusan untuk kembali ke Sydney. Penerbangan yang membawa 194 penumpang dan lima anak kapal itu mendarat dengan selamat pada 3:47 petang waktu tempatan,” katanya.

Video yang dikongsikan oleh penumpang MH122 menunjukkan anak kapal cuba menenangkan seorang lelaki selepas dia mula menjerit kepada penumpang lain.

Malaysia Airlines berkata semua penumpang dan anak kapal telah selamat turun dan pesawat itu akan diperiksa oleh pihak berkuasa.

Penumpang MH122 akan dipindahkan ke penerbangan seterusnya yang tersedia selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post