Zahid tahu ada yang memintanya berhenti

Imej via

Menyedari prestasi buruk UMNO dalam PRN terbaru, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji untuk memperbaiki nasib parti.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan akan meletak jawatan sebaliknya akan berusaha untuk menaikkan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

“Saya sedar tentang gesaan sebegitu (untuk dia berundur). Apa yang saya boleh berikrar ialah saya, dengan bantuan kepimpinan parti, akan melakukan lebih banyak lagi untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat.

“Kami akan meneliti pendekatan dan strategi kami. Kami akan pakai yang baharu, supaya kami boleh memenangi hati dan minda pengundi sekali lagi,” katanya kepada The Star.

Gesaan supaya Ahmad Zahid meletakkan jawatan sebagai presiden parti sejak pilihan raya negeri Sabtu lalu adalah apabila parti itu hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi yang ditandinginya.

Contoh di Terengganu dan Kedah, hanya menang dua di Pulau Pinang dan Selangor, dan satu di Kelantan, manakala di negeri jiran kepada Selangor pula dengan 14 kerusi.

Menurutnya, beliau sedar ada pihak dalam parti yang mahu beliau bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan presiden.

“Ini bukan kali pertama presiden Umno didesak untuk berundur.

“Ia pernah berlaku sebelum ini, termasuk kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan juga kepada Datuk Seri Najib (Razak), apabila keputusan pilihan raya tidak memihak kepada kami,” katanya.

“Ini bukan kali pertama presiden Umno didesak untuk berundur.

“Ia pernah berlaku sebelum ini, termasuk kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan juga kepada Datuk Seri Najib (Razak), apabila keputusan pilihan raya tidak memihak kepada kami,” katanya.

Tahun 2009, Abdullah meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno, setahun selepas pilihan raya umum ke-12, di mana Barisan Nasional menunjukkan prestasi buruk.

Pada 2018, Najib meletak jawatan sebagai presiden Umno selepas BN kalah dalam pilihan raya umum.

“Walaupun saya bertanggungjawab ke atas keputusan pilihan raya, seperti yang (Datuk Seri) Johari (Abdul Ghani) tegaskan, ia sepatutnya menjadi tanggungjawab bersama kepimpinan Umno,” katanya.

Johari, yang juga salah seorang daripada tiga naib presiden Umno, menyatakan bahawa semua pemimpin Umno mesti memikul tanggungjawab untuk prestasi buruk Barisan.

Ahmad Zahid berkata antara perkara yang perlu ditangani ialah kerjasama parti itu dengan DAP dalam kerajaan perpaduan dan beliau mengatakan mungkin mesej tidak sampai kepada akar umbi yang menyebabkan kekeliruan kerjasama tersebut.

“Kami melakukan beberapa sesi untuk menjelaskan perkara ini di peringkat bahagian. Mungkin mesej itu tidak sampai ke akar umbi atau mungkin perlu dijelaskan lagi di peringkat itu,” katanya.

Sumber


Post a Comment

Previous Post Next Post