Penyokong PAS Gual Periok turunkan bendera tanda protes sebab tukar calon lain

Foto via

Disebabkan Datuk Mohamad Awang atau Ustaz Mad dilaporkan tidak tercalon pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos depan, beberapa penyokong Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Periok sepakat menurunkan bendera parti itu selepas nama penyandang kerusi kawasan berkenaan, 

Menurut sumber, wakil penyokong, Zakaria Omar berkata, tindakan itu sebagai tanda protes selepas tokoh berkenaan dikatakan bakal diganti oleh calon yang berada di luar Kelantan.

"Kami melihat tiada keperluan untuk menggantikan Ustaz Mad yang disifatkan cukup cemerlang dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat di Gual Periok.

"Beliau (Ustaz Mad) cukup disayangi, selain pemimpin yang bersifat cakna dengan setiap masalah rakyat," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Katanya, difahamkan calon yang bakal menggantikan Ustaz Mad tidak dikenali oleh penduduk setempat dan dibimbangi jentera dan penyokong akan 'merajuk' dengan tindakan itu. 

Penghulu Mukim Bakat, Ruziha Mamat berkata, seluruh jentera parti kecewa dengan tindakan pucuk pimpinan parti yang didakwa menggugurkan nama Mohamad sambil menyifatkan tindakan itu bakal menganggu peluang PAS 'menyapu' bersih kerusi di Kelantan.

"Kalau Ustaz Mad calon, saya yakin Pas akan meraih kemenangan mudah kerana beliau cukup disayangi oleh rakyat.

"Sepatutnya, kepimpinan pusat datang berbincang dengan pihak DUN Gual Periok sebelum membuat keputusan," katanya.

Menurut seorang lagi penyokong parti itu, Ustaz Mohamad merupakan pemimpin yang cukup disegani dalam kalangan anak muda.

"Satu kerugian buat Pas kalau terus berkeras membawa balik calon luar bertanding di sini," katanya.

Sumber: Sinar Harian


Post a Comment

Previous Post Next Post