Salahuddin Ayub meninggal dunia selepas menjalani pembedahan otak

 

Foto via

Salahuddin Ayub meninggal dunia sehari selepas menjalani pembedahan untuk pendarahan otak. Beliau berusia 61 tahun telah berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, diisytiharkan meninggal dunia pada jam 9.23 malam di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Beliau yang pernah bersama PAS merupakan antara mereka yang meninggalkan parti Islam itu pada tahun 2015 untuk membentuk parti Amanah. Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. 

Pada pilihan raya umum lalu, beliau mengalahkan Nur Jazlan Mohamed dari Umno dan Loh Kah Yong dari Perikatan Nasional untuk kerusi parlimen Pulai di Johor.

Salahuddin juga pernah menjadi wakil rakyat kawasan parlimen Kubang Kerian, Kelantan, selama dua penggal ketika bersama PAS.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post