4,000 liter diesel disita KPDN

Imej via

Kira-kira 4,000 liter minyak diesel disita oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN Perak, berkata, operasi tersebut dilakukan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Perak sekitar jam 2.50 petang di sebuah kilang membuat bumbung di Chemor hasil risikan dilakukan anggota penguat kuasa selama seminggu.

"Ketika serbuan dilakukan, didapati premis ini sedang beroperasi menjalankan perniagaan membuat bumbung. Seorang lelaki warga tempatan berumur 40-an mengaku sebagai pengurus premis turut berada di tempat kejadian.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis menemui sebuah skid tank berisi 4,000 liter cecair disyaki minyak diesel berada di dalam kawasan premis," katanya.

Menurut Mohamed Aznanshah, ketika pemeriksaan, lelaki terbabit gagal mengemukakan sebarang lesen atau permit barang kawalan berjadual minyak diesel apabila diminta.

Susulan itu kesemua barangan seperti dokumen dan cecair yang disyaki minyak diesel tersebut telah disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM11,000.

"Siasatan lanjut akan dilaksanakan ke atas syarikat pembekal minyak diesel ini dan tindakan penguatkuasaan akan dikenakan ke atas pembekal kerana menjual barang kawalan kepada orang atau pihak yang tidak mempunyai lesen atau surat kuasa atau kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan Malaysia.

"KPDN ingin memberikan amaran keras dan menegaskan bahawa Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti penyalahgunaan barang- barang kawalan ini," katanya.

Sumber


Post a Comment

Previous Post Next Post