Tan Sri: Cucu Nik Aziz kritik kerajaan Anwar selepas penganugerahan

Foto via

Seorang cucu Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis kritikan pedas terhadap kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, beberapa hari selepas Allahyarham Mursyidul Am PAS itu diberikan anugerah anumerta Persekutuan sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong. Lapor MalaysiaNow.

Dakwanya, pada mulanya keluarganya diberi gambaran bahawa Nik Aziz akan dikurniakan gelaran Tun. Namun, sebaliknya apabila surat istana tiba, ternyata menerima gelaran Tan Sri sahaja.

Nik Aziz, menteri besar Kelantan yang memerintah lebih dua dekad, adalah antara senarai 26 penerima gelaran Tan Sri, termasuk Lim Kit Siang.

Langkah untuk memberikan anugerah kedua tertinggi negara kepada penyokong DAP itu mencetuskan perdebatan dimana sebelum ini parti DAP itu menegaskan tidak akan menerima sebarang gelaran diraja.

Ia juga mendapat sindiran sinis daripada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad. 

Sementara bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin mengingatkan bahawa penerima semua gelaran Persekutuan biasanya akan ditapis oleh Jabatan Perdana Menteri. 

"Biasanya untuk anugerah-anugerah tinggi ini akan mendapat persetujuan daripada perdana menteri. Ada senarai Agong, tapi senarai yang lebih besar adalah senarai dari PM, sebab ini penghormatan kerajaan Persekutuan yang dikurniakan oleh Agong.

“Saya rasa Anwar mahu memberi ganjaran kepada rakan-rakannya, dan tidak ada yang salah dengan itu, saya rasa," katanya baru-baru ini dalam podcast Keluar Sekejap.

Nik Humaira juga mempersoalkan cara penyampaian jemputan istiadat di istana kepada neneknya yang juga balu Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak. 

“Surat jemputan daripada pihak istana tidak diberikan melalui kerajaan negeri sebaliknya dihantar melalui anak kedua Allahyarham iaitu bapa saudara kami yang dihormati yang memilih untuk bertanding di bawah PKR di Perak,” katanya merujuk kepada Nik Omar Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, neneknya memutuskan untuk menghadiri majlis itu kerana menghormati istana, sambil menambah bahawa keluarga itu tidak memandang rendah gelaran Tan Sri.

“Namun kami terkejut kerana ayahanda ulama sepuh milik ummah ini diletakkan sebaris dengan seteru politik dan agama daripada DAP.

“Ternyata sama sahaja taraf seorang ulama yang bermati-matian atas nama Islam, dengan seorang berfahaman ‘chauvinist’ dan tidak menerima Malaysia sebagai negara Islam, di mata Malaysia Madani ini.”

“Pengiktirafan sebenar akan lebih bermanfaat sekiranya idea tokoh ini diperjuangkan, biografi hidupnya dibukukan, serta wawasannya diangkat ke persada.”

Sumber


Post a Comment

Previous Post Next Post