DAP kata, Mahathir sekarang dah ‘sesat’ sebab bersama PAS

Foto via

Seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaNow, Dr Mahathir Mohamad perlu disiasat kerana beliau kini sudah “sesat” kerana telah bersama PAS, kata Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer (DAP).

Wakil rakyat daripada PH itu bertanya di Dewan Rakyat mengapa Mahathir tidak pernah disoal siasat atas insiden yang berlaku pada 1998 mengenai bekas ketua polis negara, Abdul Rahim Noor menumbuk muka Anwar Ibrahim hingga lebam.

Beliau berkata, tidak adil jika Abd Rahim Noor sahaja yang menanggung kesalahan itu seorang diri dan perlu diketahui siapakah individu yang memberi arahan kepada beliau untuk melakukan tindakan sedemikian.

"Memang kita tahu mantan ahli Parlimen Langkawi, Mahathir adalah perdana menteri pada ketika itu.

“Bukankah beliau juga perlu disiasat?” soal Rayer ketika berucap pada sesi perbahasan Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di Dewan Rakyat hari ini.

"Dari sisi undang-undang tidak ada hadnya.

“Kalau kes sivil, lepas enam tahun tiada kes boleh difailkan tetapi sekarang saya ingin tanya, (bekas) ketua polis negara bertindak atas arahan siapa?”

BAhli Parlimen Parti Buntar Mohd Misbahul Munir Masduki dari Perikatan Nasional (PN) pula mempersoalkan mengapa isu ini dibangkitkan hari ini dan bukan ketika Mahathir menjadi perdana menteri semasa pentadbiran PH sebelum ini.

"Mengapa sewaktu Langkawi jadi PM zaman PH perintah, Jelutong tak bangkit, seret dia (Mahathir) ke mahkamah?" soalnya.

Menurut Rayer, ia kerana ketika itu Mahathir bersama dengan PH dan kini beliau bersama dengan PAS.

"Sekarang beliau ikut PAS dan PAS bersama beliau.

"Masa itu Tun tidak sesat.

“Sekarang bersama PAS dia sudah sesat,” jawab Rayer sambil menegaskan beliau tidak membuat sebarang tuduhan kepada sesiapa dan hanya sekadar bertanya.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post