Jumpa Sulta Selangor : Bukan tentang penarikan rayuan kalimah Allah - Anwar

Foto via

Seperti yang dilaporkan MalaysiaNow, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan keputusan kerajaan menarik balik rayuan kes Jill Ireland melawan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia di Mahkamah Rayuan, sudah dirujuk kepada Majlis Raja-raja seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Kenyataan Anwar dikeluarkan beberapa hari selepas Sultan Selangor meminta supaya isu itu dirujuk kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) sebelum dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja.

Anwar berkata perkara itu berbeza dengan apa yang dibincangkan bersama Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.

Katanya, perbincangan adalah mengenai pindaan peraturan KDN dalam menetapkan peraturan membolehkan import barangan yang dilarang.

"Yang saya mengadap Sultan Selangor atas titah Tuanku itu bukan soal keputusan lama (tarik balik rayuan kes kalimah Allah di mahkamah)," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

"Yang Sultan Selangor sebut itu dalam soal perakuan Kabinet tentang tidak membolehkan kalimah 'Allah' digunakan di Semenanjung Tanah Melayu diperkenan, kemudian kelonggaran untuk Sabah Sarawak saya jelaskan.

"Kemudian oleh kerana ada pindaan, Tuanku memberikan pandangan bahawa sebaiknya pindaan yang nak dicadangkan itu, iaitu memperkemas peraturan berkenaan, sebaiknya dibawa dulu kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kemudian diangkat untuk dipertimbang Majlis Raja-raja.”

Terdahulu, Ahli Parlimen Tanjong Karang, membangkitkan Peraturan 36(12) yang menuntut Anwar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan Rakyat.

Zulkafperi, Perikatan Nasional (PN) merujuk kepada kenyataan Anwar pada 23 Mei lalu yang menafikan dakwaan bahawa keputusan menarik balik rayuan kes kalimah Allah di mahkamah tidak dirujuk kepada Majlis Raja-raja.

Pada 15 Mei, KDN dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah "Allah" dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Notis pemberhentian rayuan yang difailkan pada 18 April lepas yang mana kedua-dua perayu tidak berniat meneruskan notis rayuan dikemukakan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan di Mahkamah Rayuan tanpa perintah terhadap kos.

Dalam pada itu, Anwar bersetuju dengan pandangan ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin berkenaan dengan pertikaian maritim yang tidak boleh mengorbankan kepentingan dan kedaulatan negara.

Muhyiddin yang juga pengerusi PN terdahulu meminta jaminan perdana menteri supaya segala tuntutan Malaysia tidak akan dikompromikan langsung ketika kedua-dua sedang cuba mencapai mencari jalan penyelesaian.

"Saya setuju. Jaminan bahawa tidak akan dikorbankan kepentingan dan kedaulatan negara. 

“Itu memang pendirian kita, kata Anwar.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post