PH mampu pertahan tiga DUN Parlimen Kota Raja - Tengku Zafrul

Imej via

Pakatan Harapan (PH) mampu pertahan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Kota Raja. 

Menurut Tengku Zafrul, UMNO bersedia membantu jentera Kerajaan Perpaduan untuk mempertahankan ketiga-tiga kerusi tersebut.

Di bawah Parlimen Kota Raja ialah DUN Sungai Kandis yang disandang Mohd Zawawi Ahmad Mughni (PH-PKR), Kota Kemuning, V Ganabatirau (PH-DAP) dan Sentosa, G Gunaraj (PH-PKR).

"Saya optimistik jika kerjasama ini diteruskan Insya-ALLAH ketiga-tiga kerusi DUN ini dapat dipertahankan. 

"Yang penting Kerajaan Perpaduan menang, " katanya.

Dalam program jelajah itu turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari merangkap Pengerusi PH Selangor sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Pembahagian kerusi membabitkan kerjasama PH-BN di Selangor masih menimbulkan tanda tanya selepas Amirudin mengambil pemdekatan kunci mulut berhubung perkara itu.

Tengku Zafrul, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dikatakan akan bertanding di salah satu kerusi di bawah Parlimen Kota Raja namun tiada pengesahan bsetakat ini.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post