Jaga akhlak ketika berpolitik - Khairuddin

Imej via

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan, mengingatkan pemimpin politik yang memperjuangkan politik Islam supaya menjaga akhlak muslim terutamanya ketika Pilihanraya Negeri (PRN). 

Menurutnya, sikap menuduh sembarangan, menghina serta merendah-rendahkan sesama muslim termasuk berkata kesat bukanlah sikap seorang muslim. 

"Dalam suasana PRN sekarang marilah kita menjaga akhlak sebagai seorang Muslim. Tunjukkan kepada bukan Islam inilah dakwah Islam yang dihiasi akhlak mulia dalam berpolitik,” katanya di Facebook.

Beliau turut menyertakan hadith Nabi S.A.W yang bermaksud,

"Bukanlah mukmin itu orang yang suka menuduh, bukan orang yang banyak melaknat, bukan orang yang berkata lucah dan bukan orang yang mengucap kata-kata kesat" (Hadith riawayat Tirmnizi)

Beliau menyarankan supaya pemimpin politik menjaga adab sebagai muslim ketika berpolitik. 

“Sekiranya pejuang Islam gagal berakhlak mulia, kepada apakah mereka berdakwah dan mereka perjuangkan?" Tambahnya.



Post a Comment

Previous Post Next Post