PAS dinasihat tidak keluarkan fatwa wajibkan undi sokong mereka - Khairuddin

Foto via

Khairuddin menasihati PAS untuk tidak mengeluarkan fatwa untuk menyokong mereka kerena mereka satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam. 

"Sebarang fatwa yang mewajibkan orang Islam berpolitik menerusi PAS dan mengundi hanya PAS dalam politik pilihanraya sahaja adalah fatwa songsang." Katanya. 

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang juga Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO berkata perkara seperti itu sekali gus menafikan demokrasi dan keluasan ijtihad berparti atau berorganisasi dalam sesebuah negara.

Beliau juga menambah, perkara itu juga menjadi salah satu punca berlakunya keganasan antara penyokong parti apabila tiba musim pilihan raya. 

Dalam kenyataannya di Facebook, PAS boleh mengakui mereka satu-satunya parti Islam tetapi tidak boleh menafikan keislaman pihak yang berlainan parti. Tindakan itu juga boleh menimbulkan masalah kepada pihak lain yang sedang bekerjasama dengan PAS. 

Beliau memetik kerjasama yang pernah dijalinkan antara PAS dan UMNO pada satu ketika semuanya adalah baik tetapi apabila tiada lagi kerjasama antara mereka, maka timbul pula fatwa haram dan neraka bagi mereka yang mengundi selain parti mereka. 

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post