Dana perjudian: 'Kenapa Muhyiddin mahu saman saya?' – Zahid

Sumber foto

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bingung dengan kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadapnya berhubung dakwaan dana perjudian untuk membiayai perbelanjaan parti pada pilihan raya umum lalu.

"Saya... saya? Kenapa saya kena saman?" soalnya dalam sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Minggu Latihan Kebangsaan 2023, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berita Muhyiddin telah mempertimbangkan untuk menyaman beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan yang mengaitkan PN didakwa menerima dana daripada syarikat perjudian untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Semalam, Muhyiddin berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya berhubung tindakan susulan yang akan diambil terhadap kenyataan Anwar dan Zahid.

Ia susulan penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, menyatakan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat membuktikan dakwaan itu. bahawa PN menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen pada PRU15.

Azalina berkata SPRM telah menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan itu tetapi agensi itu mendapati maklumat itu adalah sangat umum dan tiada pihak dapat mengesahkannya.

Oleh itu, beliau berkata tiada kertas siasatan dibuka.

Sebelum ini, Anwar dalam sidang media membayangkan sebahagian daripada dana pilihan raya PN datang daripada syarikat perjudian.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post