Majlis Tertinggi Umno menerima penjelasan Ahmad Maslan berhubung isu undi calon DAP

Sumber foto

Majlis Tertinggi Umno menerima penjelasan ahlinya Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung gesaan agar ahli parti mengundi calon DAP pada pilihan raya negeri akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi parti Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata ini kerana parti itu mahu mengekalkan kerajaan perpaduan sehingga akhir penggal.

“Ahmad menjelaskan ia sebenarnya untuk menyokong kerajaan perpaduan. Itu sahaja.

"Dia tak sebut pun DAP. Jadi kita terima penjelasan dia. Kita mahu kerajaan perpaduan kekal sehingga akhir penggal," katanya selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini dilaporkan Ahmad menggesa pengundi Umno supaya mengundi calon DAP di kawasan masing-masing bagi mengukuhkan kerajaan perpaduan.

Tambahnya, adalah perlu mengikut disiplin parti dalam kerajaan perpaduan.

Sumber



Post a Comment

Previous Post Next Post