Ringgit jatuh: Anwar pertahan

foto

Dipetik daripada MalaysiaNow, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, nilai ringgit masih berada pada tahap yang lebih baik berbanding nilai Dolar Amerika.

"Walaupun (jatuh), tentunya (ringgit) lebih baik berbanding semasa kita ambil alih.

"Tetapi ketimbang mata wang Yen, Renmibi atau Rupiah, itu (ringgit) masih bertahan atau lebih baik," katanya ketika menjawab soalan daripada Ahmad Amzad Mohamed (PN-Kuala Terengganu).

Mata wang ringgit turun mendadak kepada RM4.52 beberapa hari lalu setelah naik kepada RM4.26 untuk satu Dolar pada Januari lalu.

Anwar berkata, pengukuhan Dolar tidak menjejaskan hasil dan perbelanjaan kerajaan, namun memberi kesan kepada perbelanjaan makanan terutama import benih dan baja.

Amerika Syarikat baru-baru ini menaikkan kadar faedah mereka, sekali gus menaikkan nilai Dolar Amerika berbanding mata wang lain.

Bank Negara turut menaikkan kadar polisi semalaman (OPR) beberapa kali dan mengekalkan pada kadar 2.75% dalam satu pengumuman minggu lepas.

Kejatuhan Bursa Malaysia yang menurun sebanyak 11 mata turut dibangkitkan.

Dalam pada itu, Anwar yang juga menteri kewangan berkata pertumbuhan ekonomi, meluaskan ekonomi pertanian, memperkenalkan cukai baru wajar menjadi antara keutamaan untuk memperkukuh kedudukan fiskal negara.

- MN

Post a Comment

Previous Post Next Post