Guru hilang RM123,350 semasa cuba membeli Smart Tag

Foto

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata beliau menerima laporan itu daripada seorang lelaki berusia 54 tahun pada Selasa.

Katanya, mangsa mendapati Touch ‘n Go dijual pada harga RM80 seunit ketika melayari laman sosial Facebook.

“Mangsa berurusan dengan suspek dan memasukkan maklumatnya di laman web yang diberikan untuk proses pembayaran.

“Mangsa memasukkan dua butiran bank namun ia gagal. Selepas menyemak akaunnya mangsa mendapati 16 transaksi dilakukan dalam kedua-dua akaun menyebabkan kerugian RM123,350,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan jualan yang tidak wujud dan tidak memuat turun aplikasi daripada sumber yang dipersoalkan atau tidak sah.

“Orang ramai dinasihatkan menyemak akaun dan nombor telefon di https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi,” kata Ramli.

- Sinar


Post a Comment

Previous Post Next Post