Zahid bertugas prinsip kerajaan Madani - PM

Foto

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, memuji TPM, Ahmad Zahid Hamidi sebagai seorang pemimpin yang menguruskan kerja mengikut dasar dan prinsip kerajaan Madani walaupun dalam masa yang sama sedang berdepan tuduhan di mahkamah berkait kes pecah amanah sewaktu menjawat jawatan itu beberapa tahun lalu.

Anwar memberitahu terdapat satu situasi di mana Zahid diberikan beberapa dokumen yang memerlukan tindakan segera tanpa tender.

Bagaimanapun, katanya, Zahid mencatat pada dokumen-dokumen tersebut mengatakan, "patuh kepada arahan perdana menteri dan jemaah menteri. Semua mesti ikut proses tender."

"Ini kali pertama saya sebut, saya tak maklum kepada beliau. Saya beri jaminan kepada YB, saya tak ada hasrat ganggu proses itu cuma persepsi mungkin tepat.

"Saya hanya boleh beri jaminan ianya tak akan jejaskan prinsip dan dasar termasuk Madani yang saya terapkan,” kata Anwar ketika menjawab pertanyaan Ahmad Fadhil Shaari (PN-Pasir Mas) sama ada konsep kerajaan Madani boleh dilaksanakan apabila terdapat individu terkait kes mahkamah dilantik di dalam jemaah menteri.

Anwar sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa tiada tindakan yang boleh diambil hanya berdasarkan pendakwaan sebelum penghakiman dibuat.

Sejak memimpin kerajaan, beliau terus memaklumkan kepada ketua hakim negara dan peguam negara bahawa Malaysia mesti berdiri tegak atas prinsip undang-undang.

“Kalau saya nampak soal rasuah, penyelewengan, punggah kekayaan saya tak mahu meminta maaf.  Tak ada personal, saya tahu saya dikutuk sebahagian pihak.

Beliau turut mengatakan tindakan itu termasuk dari ahli parti Keadilan sendiri.


Post a Comment

Previous Post Next Post