Kekecohan Dewan Rakyat berhubung Titah Diraja disediakan Kabinet

Foto

Kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa ucapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada sesi pembukaan sidang Parlimen disediakan oleh kerajaan. telah menimbulkan kekecohan di dewan rakyat. 

Dalam ucapannya, Tuan Ibrahim yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian meluahkan rasa terkilan apabila aspek keadilan yang menjadi ciri-ciri penting kerajaan Madani tidak dimasukkan dalam titah diraja tersebut.

“Sepatutnya nilai keadilan perlu dibawa oleh tuanku dalam Parlimen bukan hanya tersedia dalam dokumen-dokumen di luar Parlimen.

“Sepatutnya nilai itu mesti digagaskan dalam ucapan tuanku kerana ucapan ini adalah ucapan yang telah pun dirumus pihak (tak jelas),” katanya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer menafikan hal tersebut dengan menyifatkan kenyataan itu sebagai sangkaan jahat terhadap Agong dan meminta untuk menarik balik kenyataan itu.

“Saya pun pernah menganggotai Kabinet dan semua kami pernah duduk dalam kerajaan. Kita semua pun tahu prosedur dia.

“Walaupun diserahkan kepada Tuanku, tapi terserah kepada Tuanku sama ada nak pakai atau tidak,” kata Tuan Ibrahim mempertahankan kenyataan beliau.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim memberitahu secara asasnya, ucapan titah diraja sememangnya disediakan dan dibentangkan dalam Kabinet.

Rayer dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefli Ahmad mempersoalkan Tuan Ibrahim sekiranya dia mengetahui bahawa teks itu sudah pun dipinda ataupun tidak.

Bekas menteri kesihatan itu juga menegaskan bahawa titah diraja bukanlah titah Kabinet sebaliknya ucapan dan hasrat Agong kepada Parlimen.

“Sila tarik balik,” jerit Rayer.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berpendirian tidak akan menarik balik kenyataan beliau dengan menyifatkan ianya difahami oleh semua ahli Dewan Rakyat.

- Sinar


Post a Comment

Previous Post Next Post