Piala Malaysia: JDT Juara Piala Malaysia 2022

Keputusan Penuh: Perlawanan Final Piala Malaysia



Perlawanan Akhir Piala Malaysia menyaksikan pasukan JDT menjuarai Piala Malaysia menewaskan pasukan Selangor FC dengan jaringan 2-1. Ini adalah kali ketiga JDT juara Piala Malaysia. Sekali gus, memusnahkan impian pasukan Selangor FC untuk menjulang Piala Malaysia buat kali ke 34. 

Selangor FC mendahului perlawanan dengan gol pertama, Herlison Caion pada minit ke 45' melalui sepakan penalti. 

Tidak sempat Selangor FC meraikan jaringan pertama, JDT mendapat gol penyamaan melalui tandukan Bergson pada masa tambahan separuh masa pertama 

JDT terus mengatur serangan ke arah gawang Selamgor FC tetapi berjaya dipatahkan pertahanan Selangor FC. 

Pemain JDT, Fernando Forestieri nyaris menambah gol pendahuluan JDT, tetapi lorongan Arif Aiman yang baik gagal disambut Fernando. 

Selangor FC turut melakukan serangan ke arah JDT tetapi berjaya dipatahkan oleh pertahanan JDT dengan baik. 

Pada minit ke 58', JDT berjaya mendahului Selangor FC apabila Fernando berjaya merembat masuk ke gawang Selangor FC. Pada mulanya, percubaan Bergson kali pertama berjaya ditepis dan bola disambut Fernanado untuk jaringan kedua.

Pengalaman memisahkan corak permainan JDT dan Selangor FC, apabila JDT dilihat tenang mengatur serangan ke arah pintu gol Selangor FC berbanding Selangor FC yang banyak bertahan. Sesekali Selangor FC melakukan serangan tetapi dipatahkan denfan mudah oleh JDT. 

Selangor FC mendapat satu peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan tetapi rembatan lemah Danial diselamatkan penjaga gol JDT. 

JDT mendapat peluang untuk menambah gol pada minit ke 85' tetapi rembatan padu Bergson ditampan dengan baik penjaga gol Selangor FC. 

Minit ke 90+4 pengadil meniupkan wisel penamat yang menyaksikan JDT berjaya menewaskan Selangor FC dengan jaringan 2-1. 

Tahniah, JDT!

  • Juara Piala Malaysia : Johor Darul Takzim (JDT)
  • Pemain terbaik perlawanan : Fernando Forestieri (JDT)
  • Naib Juara Piala Malaysia: Selangor FC


Post a Comment

Previous Post Next Post