Final Piala Malaysia : JDT vs Selangor FC

Keputusan Penuh: Perlawanan Final Piala Malaysia


2 - 1

STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

Caion, 45' (P) - Selangor FC
Bérgson, 45' +5 - JDT
Fernando, 58' - JDT


Perlawanan Akhir Piala Malaysia menyaksikan pasukan JDT menjuarai Piala Malaysia menewaskan pasukan Selangor FC dengan jaringan 2-1. Sekali gus, meranapkan impian pasukan Selangor FC untuk menjulang Piala Malaysia buat kali ke 34. 

Namun, Selangor FC mendahului perlawanan dengan gol pertama Selangor FC dijaringkan oleh Herlison Caion pada minit ke 45' selepas pemain itu dijatuhkan di dalam kotak penalti. Jaringan dilakukan oleh Caion yang tenang menyempurnakan sepakan penalti. 

Tidak lama selepas gol pertama pasukan Selangor FC, JDT mendapat sepakan percuma di luar petak penalti pasukan Selangor FC, tetapi sepakan itu berjaya diselamatkan oleh pertahanan Selangor, seterusnya menghadiahkan sepakan sudut kepada JDT. 

Sepakan sudut JDT berjaya disambut oleh penyerang JDT Bérgson melalui tandukan kemas pada masa tambahan separuh masa pertama. 

Separuh masa kedua bermula dengan kedua-dua pasukan membuat serangan. Pada minit ke 48' JDT hampir mendahului permainan tetapi gagal disambut penyerang JDT. 

JDT terus mengatur serangan dengan larian pantas pemain yang memakai jersi nombor 45, Fernando Forestieri tetapi hantaran lintangnya gagal disempurnakan oleh Bergson. 

Pada minit ke 52' JDT sekali lagi hampir mendapat jaringan tetapi Leandro gagal menyepak dengan baik ke pintu gawang Selangor.

Pemain nombor 45 JDT, Fernando Forestieri sekali lagi mencemaskan Selangor FC tetapi lorongan Arif Aiman yang baik, gagal disambut Fernando. 

Selangor FC turut melakukan serangan ke arah JDT tetapi berjaya dipatahkan oleh pertahanan JDT dengan mudah. 

Pada minit ke 58', akhirnya JDT berjaya mendahului Selangor FC apabila Fernando Forestieri berjaya merembat masuk ke gawang Selangor FC. Pada mulanya, percubaan Bergson pada kali pertama berjaya ditepis, bola muntah dan disambut Forestieri untuk jaringan kedua.

Selangor FC melakukan 1 pertukaran pemain pada minit ke 62'. 

JDT terus mengasak pintu gol Selangor FC tetapi rembatan Arif Aiman agak sedikit lemah.

JDT dilihat tenang mengatur serangan ke arah pintu gol Selangor FC berbanding Selangor FC yang banyak bertahan. Sesekali Selangor FC melakukan serangan tetapi tidak cukup untuk membuatkan benteng JDT cemas. 

Selangor FC menerima kad kuning melalui Mukahiri Ajmal pada minit ke 68'. 

Gerakan-gerakan pasukan Selangor FC agak kurang kemas apabila hantaran-hantaran bola berjaya dipatahkan oleh pemain JDT, malah ada yang tersasar. 

Permainan agak perlahan hampir 10 minit, dengan gerakan kedua-dua pasukan hanya berlegar di tengah padang, bola keluar dan sedikit kekasaran. 

Selangor FC membuat 2 pertukaran pemain pada minit ke 76'. Pada minit ke 79', Selangor FC membuat serangan ke arah pintu gol JDT tetapi gerakan yang baik itu terjejas apabila hantaran lintang pemain Selangor, Quentin Chen kurang kemas. 

Selangor FC mendapat satu-satunya peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan tetapi rembatan lemah Danial diselamatkan penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

Selangor FC melakukan beberapa gerakan yang agak baik di sebelah kanan (kiri JDT) dan jika gerakan itu dimanfaatkan sepenuhnya, mungkin Selangor FC dapat menjaringkan gol penyamaan. 

JDT sekali lagi mendapat peluang untuk menambah jaringan pada minit ke 85' tetapi rembatan padu Bergson ditampan dengan baik penjaga gol Selangor FC. 

Minit ke 88', JDT membuat pertukaran pemain.

Minit-minit terakhir, beberapa pemain JDT mengalami kecederaan demi kecederaan apabila pemain Selangor FC mula melakukan kekasaran. Begitu juga dengan pemain Selangor FC. 

Minit ke 90' + 3, JDT melakukan pertukaran pemain sekali lagi. 

Akhirnya, pengadil meniupkan wisel penamat dengan keputusan penuh, JDT berjaya menewaskan pasukan Selangor FC, 2-1. 

Tahniah, JDT! Tahniah juga Selangor FC.

  • Juara Piala Malaysia : Johor Darul Takzim (JDT)
  • Pemain terbaik perlawanan : Fernando Forestieri (JDT)
  • Naib Juara Piala Malaysia: Selangor FC



Post a Comment

Previous Post Next Post