Parlimen masih tergantung, PN tolak cadangan Istana

sumber foto

Perikatan Nasional memaklumkan bahawa cadangan Yang di-Pertuan Agong supaya gabungan itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan perpaduan, ditolak. ini menjadikan parlimen Malaysia terus tergantung selepas pilihan raya ke 15 yang lalu. 

“Tuanku mencadangkan kita bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan perpaduan, tetapi kami telah bincang perkara itu sejak awal lagi – kami tidak akan bekerjasama dengan PH.

“Itu pendirian parti kita sejak dulu sampai ke hari ini. Atas tujuan apa sekalipun – ‘unity’ ke apa semua sekali – kita putuskan tak bersetuju,” kata pengerusinya Muhyiddin Yassin pada sidang media petang tadi.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin menunjukkan kepada pemberita fail lut sinar yang dikatakan mengandungi “bukti” PN mempunyai sokongan melebihi 112 Ahli Parlimen.

Ketika ini Pakatan Harapan (PH) memiliki wakil rakyat terbanyak iaitu 82 orang berbanding 73 daripada PN. 

Katanya, “Tapi bila saya menghadap tadi ada dikatakan yang ini tidak mencukupi. Saya tidak tahu apakah sebab-sebab di sebalik itu tapi buktinya ada di sini”.

Barisan Nasional sebelumnya telah memaklumkan kepada Agong bahawa tiada Ahli Parlimen BN menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Istana Negara memerintahkan 30 wakil rakyat BN menghadap Istana esok.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post