Kerajaan sementara masih berfungsi - DS Ismail Sabri

Sumber foto

Perdana Menteri sementara DS Ismail Sabri Yaakob memberitahu rakyat supaya tidak terkeliru kerana Jemaah Menteri dalam kerajaan sementara masih berfungsi bagi pengurusan tadbir negara.

“Kerajaan kekal sebagai ‘caretaker’. Jadi rakyat jangan keliru seolah-olah sekarang tiada kerajaan. Kerajaan masih kekal tapi sebagai kerajaan sementara.

“Malah Jemaah Menteri yang lepas masih berfungsi kecuali mereka yang tidak bertanding dan kalah dalam PRU. Jadi mereka tiada dalam Dewan Rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di sebuah pusat beli-belah.

Menurut DS Ismail Sabri, kerajaan akan membentangkan mini Rang Undang-Undang (RUU) Belanjawan 2023 bkhususnya berkaitan pembayaran gaji penjawat awam. Ia akan dibuat sekiranya tiada mana-mana parti berkaya membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

“Mini Bajet 2023 masih boleh dibentangkan khusus untuk emolumen gaji penjawat awam. Itu mesti dibentang sebelum Disember sebab untuk gaji Januari kena bayar untuk gaji penjawat awam,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan membuat keputusan dalam masa terdekat selepas BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan.

Sumber

Post a Comment

Previous Post Next Post