Sukan: Selangor Jumpa JDT di Final Piala Malaysia

 

sumber foto

Pasukan Gergasi Merah itu berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia walaupun tewas 1-0 kepada Terengganu pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, dengan agregat 3-2.

Jaringan Kipre Tchetche menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-35. Manakala, gol kedua pada minit ke 57 dibatalkan kerana ofsaid. 

Pemain pertahanan Selangor, Yazan Al-Arab diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-88 yang menyebabkan Selangor bermain 10 orang.

Selangor terus diasak oleh pasukan Terengganu tetapi terus bertahan untuk memastikan pasukannya mara ke perlawanan akhir yang akan bertemu dengan JDT sekali gus memburu Piala berprestij itu buat kali ke 34. 

Perlawanan Akhir Piala Malaysia akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari Sabtu. 

Post a Comment

Previous Post Next Post