Cadangan kuota 5% untuk Orang Asli di MRSM

 

Foto - FB 

Ahli Parlimen Cameron Highlands merangkap speaker Dewan Rakyat, Ramli Nor mencadangkan quota sebanyak 5% diberikan kepada Orang Asli untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara.

Menurutnya, peluang Orang Asli dalam sektor pendidikan selalu menjadi masalah kepada komuniti itu sehingga kini sejak merdeka. 

Katanya, tiada kuota disediakan untuk komuniti itu di MRSM, untuk itu beliau memohon agar kuota sebanyak 5% disediakan kepada komuniti itu. 

Beliau juga menyarankan kepada komuniti itu untuk menggunakan peluang itu apabila cadangan itu diterima. Beliau juga menasihatkan komuniti itu untuk berubah menjadi lebih progresif dan mengubah persepsi masyarakat yang memandang komuniti itu sebagai terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan. 

Ramli selaku Orang Asli pertama dilantik sebagai Ahli Parlimen menegaskan gesaannya tentang pindaan perlembagaan terutamanya perkara yang melibatkan Orang Asli.

Beliau juga mengeluh dengan undang-undang yang melibatkan Orang Asli dan urusan tanah terletak di dalam bidang kuasa yang berasingan. Walaupun sekiranya kerajaan persekutuan boleh mendesak supaya sebidang tanah diwartakan kepada Orang Asli, namun kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk memberi kata muktamad.


Post a Comment

Previous Post Next Post