Sokongan kepada PM tanda kerajaan semakin kuat - DS Zahid

 

Foto - Sinar

Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, semakin banyak sokongan ahli parlimen kepada Perdana Menteri menunjukkan kerajaan semakin kukuh. Ini berdasarkan kepada sokongan terkini oleh Ahli Parlimen Tanjung Karang kepada kepimpinan Perdana Menteri. 

Sokongan terbaru daripada Bersatu iaitu Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi menunjukkan kerajaan telah memiliki 153 sokongan ahli parlimen ketika ini. 

Menurut DS Zahid, menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri adalah hak individu. 

Sebelum itu, Ahli Parlimen Tanjung Karang menyatakan secara rasmi sokongan kepada Perdana Menteri namun, bertegas masih setia sebagai ahli Bersatu.

Dia menyatakan pada Rabu bahawa sokongan itu menjadi satu keperluan bagi kestabilan politik dan kelancaran pemulihan ekonomi serta kesukaran yang dihadapi rakyat. 

Dia juga berkata, tiada paksaan untuknya berbuat demikian. - The Star Online

Apapun, sokongan pihak pembangkang secara tiba-tiba perlu dilihat dari pelbagai aspek. Dikhuatiri kejadian lalu berulang lagi sehingga rakyat terpaksa menerima 3 Perdana Menteri dalam 1 penggal sahaja. 

Post a Comment

Previous Post Next Post