Piala Asia Qatar 2023: Malaysia 3 - 3 Korea Selatan

 

Foto - FB Asian Cup


Sayang sekali. Kalaulah 2 game awal Malaysia bermula baik, mungkin peluang Malaysia untuk ke pusingan 16 terbaik sangat cerah. 

Korea banyak mengawal perlawanan sepanjang 90 minit permainan. Sehingga minit ke-21, Korea Selatan memperoleh gol pertama melalui jaringan Jeong Woo-Yeong. 

Separuh masa pertama Korea mengawal hampir 90% permainan berbanding Malaysiqa 17%. Tiada satu percubaan dilakukan Harimau Malaya malah hanya 6 kesalahan berjaya direkodkan Malaysia. 

Separuh masa kedua, Malaysia mendapat gol penyamaan melalui jaringan Faisal Halim pada minit ke-51 selepas pemain pertahanan Korea Selatan melakukan kesilapan dan peluang itu digunakan sebaiknya oleh Faisal Halim yang mudah meledak gol cantik dari sisi kanan pintu gol Korea Selatan. 

Foto - FB FAM

11 minit kemudian, Malaysia sekali lagi memperoleh gol kedua menerusi sepakan penalti selepas pemain Malaysia dikasari di dalam kotak penalti. 

Arif Aiman menjaringkan gol kedua pada minit ke-61. Gol itu tetap menggembirakan penyokong Malaysia walaupun pintu untuk ke pusingan seterusnya sudah pun tertutup. 

Permainan kembali tegang selepas Korea Selatan mengasak pertahanan Malaysia bertubi-tubi dan hasilnya. gol penyamaan berjaya dijaringkan melalui sepakan percuma yang diambil oleh Lee Kang-in cantik ke penjuru kiri atas gol Malaysia. Bola berjaya ditepis tapi terbangan Syihan tidak cukup tinggi untuk menepis bola dengan baik sebaliknya masuk ke gawang sendiri.

Korea Selatan terus mengasak pintu gawang Malaysia sehingga minit ke-90 permainan dan pada minit ke-90+4, giliran Korea Selatan pula mendapat sepakan penalti yang disempurnakan oleh Son Heung-min untuk gol ketiga.

Korea Selatan mula memperlahankan permainan di minit-minit terakhir dan serangan pada minit ke-90+7 berjaya ditolak cantik oleh pertahanan Malaysia untuk menolak bola keluar dari permainan.

Sebelum wisel penamat, Malaysia dapat satu peluang hasil hantaran cantik dari bawah tetapi gagal disambut Paulo Josué. 

Namun, Romel Morales akhirnya menggembirakan penyokong Malaysia dengan gol penyamaan pada minit ke-90+15 untuk menjadikan kedudukan 3-3. Walaupun tidak layak, tetapi 3 gol itu sangat menggembirakan Harimau Malaya dan seluruh penyokong Malaysia. 

Keputusan penuh Malaysia 3 Korea Selatan 3. 

Tahniah Korea dan tahniah Malaysia kerana membawa pulang satu mata. 

Aduhai. sayang sangat. Mungkin game pertama hari itu pemain kita agak gugup. 


Post a Comment

Previous Post Next Post