Intan Serah dipanggil FAM

 

Foto - Kosmo

Pemain bola sepak wanita Malaysia, Intan Sarah Anisah dipanggil FAM susulan kritikannya terhadap jurulatih bola sepak Malaysia, Kim Pan Gon ketika perlawanan terkahir Kumpulan E Piala Asia Qatar 2023. 

Setiausaha Agung FAM berkata, sebagai pemain bola sepak negara, dia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti yang dimuat naik dalam X baru-baru ini.

FAM akan meneliti kenyataannya itu dan akan memutuskan tindakan kepada Intan. 

Seperti yang dilaporkan Bernama, Intan sebelum ini mengeluarkan kenyataan keras terhadap jurulatih negara dengan mempersoalkan tindakan Kim Pan Gon menukar Darren Lok dan membawa masuk Paulo Josue. Kenyataannya itu membangkitkan kemarahan penyokong bola sepak negara.

Bagaimana pun, Kim Pan Gon tahu apa yang patut dilakukannya sebagai jurulatih apabila Paulo Josue yang dibawa masuk melorongkan bola kepada Romel Morales untuk menjaringkan gol penyamaan di saat akhir permainan. 

Dalam perlawanan terakhir itu, Malaysia berjaya mencuri satu mata dengan Korea Selatan. Persembahan malam itu telah menggembirakan pasukan Harimau Malaya dan ribuan penyokong bola sepak seluruh Malaysia walaupun tidak layak ke pusingan seterusnya.

Intan mohon maaf

Dalam pada itu, Kosmo juga melaporkan bahawa Intan Serah membuat permohonan maaf kepada jurulatih negara, Kim Pan Gon dengan kenyataan kerasnya yang mengkritik Kim Pan Gon tempoh hari. 

Menurutnya, tindakannya itu kerana dia terlalu beremosi sehingga mengkiritik dengan keras taktikal jurulatih itu yang tidak membawa masuk Safawi Rasid. 

Dia seterusnya mengakui kesalahannya dan menghormati semua pemain dan pengurusan Harimau Malaya terutamanya Kim Pan Gon sambil mendoakan agar Harimau Malaya terus maju jaya. 




Post a Comment

Previous Post Next Post